Social Icons

Friday, January 20, 2012

TERAPUNG SAMA HANYUT, TERENDAM SAMA BASAH



Hmpp peribahasa apa pula ni, hanyut bersama??? Basah bersama! Sekali imbas macam kisah cinta yang tragis je bunyinya..hehehe

Tajuk ini memang dipilih supaya sesuai dengan tema CINTA, yes CINTA yang akan dikupas dalam entry kali ini. :) 




Tapi CINTA yang bakal saya huraikan nanti bukanlah sebagaimana cinta yang diertikan dalam kebanyakan lagu-lagu mahupun drama-drama cinta yang hangat dipasarankan tika ini, yang mana lari daripada ajaran Islam.. mana taknya, kononnya kerana 'cinta' sanggup buat apa saja, sanggup tinggalkan mak ayah dan lain-lain lagi.. Yang paling saya tak tahan, boleh pula berjanji nak berjumpa disyurga sama-sama...haish, seolah-olah syurga itu begitu senang hendak dituju.... Kalaulah mereka mengerti bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah ada perasaan confident dapat masuk syurga, inikan pula kita yang selalu buat dosa.. astaghfirullahalazim..
Panjang pula leteran saya, ok, let's get to the business. Sebenarnya, saya nak bincangkan Hadith ke 13 daripada Hadith 40 Imam Nawawi. Nak tau apa kandungan hadith ni?? Jom kita tengok jap..


Dah tengok dan dengar? Kalau tak puas lagi boleh rujuk kat bawah ni juga. 

الحديث الثالث عشر  
 : عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ خَادِمِ رَسُولِ اللّهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: 

((لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ))

رواه البخاري [ رقم : 13 ] ، ومسلم [ رقم : 45]


HADIS 13

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang ia  cintai untuk dirinya."  

Saya pasti hadith ini bukan sesuatu yang asing, paling kurang pun mesti penah dengar sekali..betul tak? :) 
MasyaAllah, indahkan Islam...Cinta dan kasih sayang kepada saudara pun menjadi tuntutan. Perkara yang mungkin dipandang enteng di zaman sekarang ini, yang mana masing-masing hidup untuk diri sendiri sahaja, masing-masing nak jaga periuk nasi sendiri sahaja, dan ada yang tak pernah kenal atau bertegur sapa dengan jiran dan sebagainya, tetapi perkara ini dipandang serius oleh Islam.. Cinta dan kasih sayang membawa kepada keakraban silaturrahim --> kepercayaan, tolong menolong -->keamanan, kedaimaian! Allahuakbar, indahnya ajaran Islam. 

Apa yang dikatakan cinta kepada saudaranya?

Cinta sebagaimana yang dimaksudkan dalam hadith di atas adalah cinta yang didasarkan kepada agama,  bukan kepada peri kemanusiaan semata-mata. 

Imam Nawawi dalam huraian hadith ini menjelaskan bahawa, pengertian saudara digunakan seluas-luasnya sehingga meliputi orang-orang kafir dan yang Islam. Menurut beliau lagi, wajiblah seseorang Islam mencintai atau mengasihi saudaranya yang Islam supaya kekal terus dalam agama Islam. Dan juga, menurutnya, mendoakan sahabat yang bukan lagi Islam supaya diberikan hidayah, adalah disukai.

Maka dengan itu, saya rasa bahawa salah satu cara untuk kita menyempurnakan iman adalah dengan kita mengasihi seberapa banyak manusia yang kita kenal terutama sekali yang berbuat baik dengan kita, kemudian yang tidak pernah mencederakan atau menyakitkan kita, hatta dengan orang-orang yang menyakiti kita sekali pun, adalah lebih baik bagi kita mendoakan agar Allah S.W.T memberikan petunjuk kepada mereka. Dan dengan orang-orang yang kita tak kenal pun, tak boleh kita berbuat jahat atau yang bukan-bukan. Dalam erti kata lain, layanlah orang dengan layanan yang kita nak, dan jangan layan orang sebagaimana kita benci dilayan begitu. 

Dan hendaklah kita tumpang bahagia dengan kejayaan yang dikecapi oleh sahabat atau saudara mara kita walaupun disaat kita diuji dengan kegagalan. Jauhi iri hati, dengki dan hasad. Adalah salah dan berdosa jika kita mempersoalkan dan membanding-bandingkan antara apa yang mereka ada  dan apa yang kita ada. Boleh jadi kufur nikmat pula nanti... 

" Adakah mereka (yang berhak) membahagikan kurnia tuhan engkau? Kami telah bahagi di antara mereka penghidupan mereka dalam penghidupan dunia (ini) " (Surah Al-Zukhruf:52) 


Jadinya sekarang, kalau kita ingin menyempurnakan lagi iman kita, marilah kita menjadi orang yang penyayang dan bertimbang rasa dengan saudara dan sahabat kita. Rasanya tak perlu kot untuk saya terangkan lebih terperinci macam mana nak berkasih-sayang ni. You all lebih pro rasanya :) . So mesej kali ini adalah, kongsikan rasa sayang anda dengan seramai yang boleh..the more you give, the more you get!! 

Owh pesanan terakhir, tapi perlulah cinta yang dibenarkan syarak! Kalau tak, bukan menghampiri bahagia, tetapi mencari sengsara namanya :) 




Akhir kata, salam ukhwah, Assalamualaikum wbt. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...