Sunday, April 29, 2012
Friday, April 27, 2012
DI KALA MALAM HARI
DI KALA MALAM HARI...
MALAM…sinonim
dengan gelap, sunyi, study, tidur, midnight movie, dan banyak lagi….dimanakah
atau bilakah akan wujudnya solat sunat, tilawah
al Quran, zikrullah, qiyamullail… (Subhanallah, Astaghfirullah..tidaklah yang
menaip ini lebih baik drp yang membaca)
MALAM…juga
dikaitkan dengan KUBUR! Tapi bukan kerana sunyinya, dinginnya, seramnya, ahli
kuburnya tapi….
Ingatkah lagi
hadith Rasulullah SAW mengenai bekalan para da’ie?
Dahulu Allah
telah mempersiapkan baginda dengan kelengkapan, persiapan dan bimbingan yang
rapi bagi membolehkan baginda memikul amanah menyampaikan Islam.
Namun
bagaimana pula keadaan para da’ie yang datang selepas baginda? Siapakah yang
akan mempersiapkan dan memberi bekalan-bekalan yang sewajarnya dalam menempuh
jalan perjuangan yang penuh liku-liku dan ranjau ini?
Nabi SAW
bersabda kepada Abu Zar r.a dalam nada pertanyaan :
“Sekiranya engkau akan mengembara,
apakah engkau akan membuat persiapan?” Jawab Abu Zar “Ya!”. “Bagaimana pula
dengan pengembaraan menuju hari kiamat? Mahukah engkau mendengar sekiranya aku
memberitahu kepadamu tentang bekalan yang berguna untuk menghadapi hari
tersebut?” Jawab Abu Zar “Bahkan mahu wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku”.
Mendengar jawapan Abu Zar itu baginda pun bersabda:
- - Berpuasalah di hari yang panas terik demi menghadapi hari kebangkitan
- - Sembahyanglah dua rakaat di tengah gelap gulita demi menghadapi kesunyian dan kegelapan kubur
- - Tunaikan haji demi menghadapi cabaran-cabaran besar yang menanti
- - Hulurkan sedekahmu untuk si miskin
- - Ungkapkanlah sentiasa kalimah yang benar
- - Diam dan hindarkanlah diri dari bertutur dan melafazkan perkataan-perkataan yang tercela dan buruk.
Baik…! Mari kita
fokuskan kepada pesanan baginda yang kedua itu..
Musim
peperiksaan bakal muncul tiba, maka ramailah yang akan menjadi ‘burung hantu’..
study sampai lewat malam ataupun sampai subuh..manakala siang hari pula tidur..jadi,
diri ini ingin mengajak diri sendiri serta sahabat-sahabat sekalian untuk
menyelit sedikit masa untuk bangun dari tempat study dan pergi mengambil wuduk
dan menunaikan solat sunat malam..
Kenapa? Untuk
apa? Apakah ganjarannya? Apakah keistimewaannya?
Ini kerana
solat malam tidak dapat ditandingi oleh sebarang ibadah dan juga dapat membekalkan
para mukmin dengan potensi dan daya juang yang hebat. Ia merupakan penebus
segala dosa, pencegah keburukan dan penghapus penyakit yang ada dalam badan.
Sesungguhnya jiwa (orang) yang
terbentuk di waktu malam itu lebih mantap (keperibadiannya) dan lebih jitu
kata-katanya.
al-Muzzammil
: 6
Nabi SAW
pernah berkata mengenai orang yang mencerahkan malamnya dengan ibadah, maka
Allah akan menerangkan kuburnya dengan rahmat dan kurniaanNya.
Subhanallah alangkah
seronoknya..alangkah hebat dan besarnya nikmat ganjaran Tuhan yang Maha Pemurah
itu..
Selamatlah, sejahteralah,
gembiralah, bahagialah, orang yang tidak nyenyak tidur malam, yang bertungkus
lumus melawan hasutan syaitan untuk bangun malam, orang yang dapat selitkan
masa study dengan solat 2 rakaat apabila dikurniakan Allah nikmat yang tidak
terkata di kubur kelak.
Ayuh sama-sama
bangun menunaikan solat malam…demi kubur masing-masing kelak!!
Thursday, April 19, 2012
Saturday, April 14, 2012
Garisan nikmat dan maksiat
Jari yang menyentuh kejayaanmu akan datang adalah jari yang sama yang kau miliki hari ini. Jangan pernah berhenti berharap kerana modalmu sudah tersedia, tempuhilah cabaran esok dengan yakin. Sekali kau undur kau hanya menambah jarakmu dengan takdir kegemilanganmu. Jika kau berhenti, kau hanya melambatkan masa untuk kau merasai kejayaanmu. Namun, awasi langkahmu!
Garisan nikmat dan maksiat,
jangan pernah kabur
PANCAINDERA
Terlebih dahulu mari kita
hayati sebentar nikmat yang memenuhi hari-hari kita iaitu nikmat pancaindera.
Nikmat inilah yang akan kita gunakan untuk memerah keringat dan seluruh keupayaan kita ke arah kejayaan
yang diimpi-impikan iaitu syurga yang kekal abadi.
1.
Jasad adalah tempat tinggalnya ,
Mari kita fikir
sejenak . Peganglah sebatang pensel mekanikal. Kemudian, pisahkan setiap
bahagiannya. Setelah itu mampukah anda menulis dengannya?
Maka 1+1=1 .
SATU mata pensel ditambah dengan SATU
rangka pensel menghasilkan SATU pensel yang boleh digunakan. Seperti yang kita sedari jasad kita terdiri
daripada anggota yang menguatkan antara satu sama lain. Jika kaki telah
digerakkan ke tempat maksiat , maka di manakah tumpuan mata dan hatinya? Sudah
tentu turut bertanggungjawab atas bahang dosa tersebut.
Oleh itu, Jika kita sibuk menghitung- hitung sedekah
kita semalam, maka hari ini marilah kita sama-sama menghitung- hitung perlakuan
dosa setiap anggota tubuh kita. Jika dosa kelmarin masih terasa terlalu
sedikit, bagaimanakah rasanya selepas membuat kiraan tadi?
2.
Hati menutup fungsi pancaindera ,
Hati yang enggan memahami tujuan sebenar
hidupnya dan tanggungjawab yang tergalas di bahunya sudah tentu menghalang
tubuhnya dari melaksanakan ketaatan kepada Allah. Matanya tidak mampu menyedari
keberadaan alam sebagai nikmat dari Rabbnya yang perlu ditadbir sebaik-baiknya.
Telinganya panas mendengar untaian
nasihat dan bimbingan ke syurga. Lalu , wajahnya berpaling dari jalan menuju
Tuhannya.
"Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai)
tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada
telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran
Al- Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di
dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri". Surah al isra’ :46
3.
Mengetuk pintu hati dengan gegaran nikmat,
“Atau (orang-orang
kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita
di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah
atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis –
apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama
sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang
peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh
sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).” Surah an nur :40
Nikmat Allah sebenarnya
sudah mampu mendekatkan hamba pada Penciptanya. Jiwanya dipenuhi rasa syukur.
setiap gerak sendinya ketika mengenggam butiran putih nasi , merasai pelbagai
rasa sejurus makanan mencecah lidah , merasa
kenyang, hatta hela nafasnya yang tidak pernah terhenti sepatutnya menimbulkan
rasa malu atas nikmat yang terhutang tanpa langsai hingga ke akhir hayat. Bahkan
menghadirkan rasa cinta atas anugerah2 y melengkapi hidupnya.
Namun, perlu
disedari lantaran nikmat itu juga , seorang hamba boleh menjauhkan dirinya dari
Yang Maha Memberi laksana raja yang tertidur di singgah
sana emas. Dalam tidurnya yang lena, sudah tentu dia tidak sedar sama
ada tempat tidurnya diperbuat dari emas atau kayu . Maka, emas itu tidak ada
nilai buatnya saat itu. Hamba yang ‘terlena’ leka dengan nikmat2 yang tunduk kepadanya; tangan yang tidak pernah engkar meskipun menyentuh yang
haram baginya, mata yang selalu taat pada tuntutan hati untuk meneliti
keindahan dunia sehingga sang hamba lupa tanggungjawabnya. Apakah yang akan dia
akan persembahkan kepada Y Esa . Seluruh tubuh digerakkan untuk melayani
kehendak jiwa yang batil.
Sekarang
sudah tiba masanya untuk kita mengangkat
sauh untuk perjalanan yang masih jauh ini. Sudah begitu lama kita berehat terbuai
dalam mimpi indah.Sedarlah wahai tentera2 Allah! Impian itu tidak akan tercapai jika usaha kita Cuma ala
kadar. Gegarkanlah dada-dada pejuang kita
, apakah kita mahu membeli syurga dengan harga yang murah? Tidak ! Harganya
adalah seluruh jiwa dan setiap inci tubuh kita bahkan harta dan waktu- waktu
yang menemani kita.
4.
Bersandar kepada Allah ,
“Tidak ada
kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin
Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya
(untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan
(ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. Surah at taghabun:11
Maka cukuplah ayat
ini untuk menemani dan menerangi jalan perjuangan kita. Ayat ini adalah hadiah
dari kekasih hati kita. Dia memberi jaminan keselamatan untuk jiwa- jiwa di bawah
peliharaan-Nya. Maka marilah kita sama- sama menguatkan simpulan antara hati-hati
kita dan mendepani segala cabaran dengan senyuman dan jiwa yang lapang. Ya.
Pilihan yang ada hanyalah Syahid atau menang !
Wallahu a'lam
Thursday, April 12, 2012
Thursday, April 5, 2012
Renungan
"Hai orang-orang yang beriman,
masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti
langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi,
jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti
kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
(Al Baqarah: 208-209)
(Al Baqarah: 208-209)
Firman Allah s.w.t.: lagi “Dan jika mereka berpaling, nescaya Allah
akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat.” (Surah
al-Tawbah, 9: 74)
Dalam ayat di atas, Allah swt memerintahkan kita supaya
terus masuk ke dalam islam secara keseluruhan.
Apabila dikaji, ini bermaksud bahawa setiap apa tindakan
kita mestilah berlandaskan pada Al Quran dan sunnah, dua sumber utama dalam Islam.
Tidaklah dikatakan kaffah atau kesuruhan ( total ) apabila undang –
undang/hukum / peraturan islam hanya diguna pakai ketika kita hendak berkahwin.
Baru sibuk hendak mencari tok kadi dan masjid.
Bukanlah islam itu hanya dicari ketika solat jumaat, berpusu
– pusu ke masjid mendengar khutbah.
Bukanlah islam hanya digunapakai ketika hendak bercerai di
mahkamah - mahkamah syariah
Atau digunapakai hanya ketika hendak mewariskan harta, hendak
menentukan anak bulan bila berpuasa di bulan Ramadan, bila raya aidilfitri,
bila nak ke Mekah menunaikan haji atau bila mati ( dimandikan, kapankan, dan
tahlil)
Adakah sekadar itu sahaja?
Di mana hukum islam diletakkan ketika di luar masjid,
mahkamah syariah dan di luar majlis2 atau upacara di atas?
Di mana islam, di
mana Allah selain dari waktu solat?
Kita mengharapkan Allah yang disembah dalam solat itu jugalah Allah yang disembah di luar solat.
Dalam setiap perkara mestilah Allah dan islam dijadikan asas
penilaian kita, neraca pertimbangan dalam setiap tanduk kehidupan kita.
Kita wajar utk menilai kembali di mana neraca kita ini
apabila berhadapan / berada dalam ruang kehidupan seharian kita
Di mana akhlak kita, sikap kita semasa bersosial,
berkomunikasi, bergaul, bersahabat?
Bekerja, menuntut ilmu, mencari rezeki?
Adakah kita selarikan dgn tuntutan agama kita, tuntutan
syarak atau di luar dari acara2 di atas, kita main sapu saja?
Teknologi
Facebook, twitter medium baru. Maklumat berkembang pantas,
tersebar luas.
Namun jika tidak diurus dengan baik, maka segala yang buruk
juga dengan mudah terdedah.
Apa sahaja yg di hati di ‘ tweet’ . tk puas hati dgn si
polan dan sekian perkara – juga di ‘tweet’ atau di tulis di status facebook.
Rasa gelojak, dendam, ketidakpuashatian, apa sahaja dgn
mudah didedahkan hanya dgn teknologi ini.
Segala perkara yg selama ini terhijab tnpa pndangan orang
melainkan Allah dan kita tersebar dan ditatap dgn mudah.
"Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu"
Di mana akhlak kita?
Melayu kita – makan babi haram
Arak selamba boleh teguk. Pergilah tengok di sekitar ibukota
Malaysia, banyak.
Mengumpat mencela tak
da masalah.. menipu dalam mencari
rezeki, halalkan rasuah.
Matlamat halalkan cara
- prinsip Niccolò Machiavelli
Tapi bila sampai part
makanan – “ bro ini ada babi ka? Babi tk boleh makan, haram wo..”
Renung – renung sejenak
situasi di atas.
Ditipu dengan Istilah
Kejatuhan umat islam sebab
kita tinggalkan Islam.
Kita dimuliakan oleh
islam.. tanpa islam, apa yang tinggal pada kita?
Setelah jatuhnya sistem khalifah
pada 1924,pelbagai budaya dan ideologi cara pemikiran selain islam dibawa masuk
ke Negara islam.
Umat islam dimomokan dengan
pelbagai alasan bahawa sistem islam tidak ‘compatible ‘ dan tidak memajukan
kita semua..
Umat islam ke belakang.
Pelbagai tawaran dan alternative
diberikan.
Dari istilah yang simple
seperti hak asasi manusia hingga ke istilah yang memeningkan seperti
Egalitarianism , semuanya hendak memesongkan umat ini.
Kita diajar untuk maju dan
bangun, mesti mencontohi sistem alternative ini selain islam.
Tapi secara jujurnya,
pergi lihat sendiri di negara mereka.
Hak asasi dan kebebasan
bersuara? Hijab diharamkan di Perancis, menara masjid tidak dibenarkan dibina
di Swiss sedangkan di negara umat islam begitu lantang melaungkan prinsip
kesamarataan, kebebasan agama lain diamalkan tapi in their own land, “owh no
this is against our culture’
Apa ini? HIPOKRIT
Jangan tertipu dengan
dakyah dan istilah – istilah yang mengelirukan.
Para sosialis dan komunis
yang berbangga dengan daulah komunis yang berkiblatkan
Moscow dan Beijing. Lihat apa
jadi pada 2 negara impian para aktivis komunis/ sosialis ini?
Soviet Union runtuh pada 1991
..Kini Beijing sendiri membuka pasaran bebas di bawah wilayah ekonomi baru
shenzhen sbgai contoh.
Mana kitab karl max yg
dilaung – laungkan tu? dh campak ke mana?
Ideologi kapitalis yang
dicanang amerika oleh mereka yg berkiblatkan Washington DC dan New York serta London..hari
ini menyaksikan satu demi satu muflis dan jatuh ekonomi mereka...
Belum tambah lagi dgn masalah keruntuhan moral
sehinggakan one of my genetics lecturer told us in class..
“ ¼ of Germany/Czech population , the children born with unidentified father.
Who are the fathers of these child? this is why Mohamad ( our prophet ) put a
very strict rules regarding woman 1400
years ago..”
Ini bukan zaman slogan – tapi zaman pelaksanaan
Balik pada firman Allah :
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu
kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah
setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu
menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran,
maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
(Al Baqarah: 208-209)
(Al Baqarah: 208-209)
Kita laung – laungkan islam
way of life, islam is the only solution
Tapi mana nak percaya
kalau apa yg dilihat tidak sama dengan apa yang dikata?
Zaman slogan sudah
berakhir.
Praktikan islam ,
tonjolkan keindahan islam dan dengan sendiri Islam kembali menjadi kebanggaan
kita.
Bagaimana? Belajar dan
mula dengan diri.
Kemudian ajak yang lain
bersama kita.
"tegakkanlah daulah islam dalam dirimu,nescaya islam tertegak di bumimu" (ulama')
Wallahua’lam
Wednesday, April 4, 2012
BIODATA NABI MUHAMAD S.A.W.
BIODATA NABI MUHAMAD S.A.W.
Nama:
• Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai bin Ghalib bin Fihr bin Ibni Malik bin An-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah Mudrikah bin Elias bin Mudhar bin
• Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai bin Ghalib bin Fihr bin Ibni Malik bin An-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah Mudrikah bin Elias bin Mudhar bin
Nizar bin Ma’ad bin Adnan.
Nama-nama lain :
• Ahmad , Al-Mahi , Al-Hasyir , Al-A’qib , Al-Mutawakkil.
Nama-nama Gelaran :
• Abu Qasim , Al-Amin.
Bangsa :
• Arab Quraisy.
Agama :
• Islam.
Tarikh Lahir :
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.
Bidan Nabi :
• Ummu Mas’ud.
Tempat Lahir :
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.
Bilangan Adik-beradik :
• Anak tunggal [ anak yatim ].
Nama Ibu :
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.
Nama Ibu Susuan :
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ] , Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.
Nama-nama Pengasuh :
• Aminah , Thuwaibah , Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.
Nama-nama Isteri :
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah , A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah , Zainab bt. Jahsyi , Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian , Sufiah bt. Huyi , Maimunah bt. Al-Haris.
Nama-nama Anak :
• Qasim , Abdullah , Ibrahim , Fatimah , Zainab , Ummu Kalsum ,Ruqayyah.
Nama-nama Bapa Saudara :
• Hamzah , Al-Abbas , Abu Talib , Abu Lahab , Az-Zubir , Abdul Ka’bah , Al-Muqawim, Dhirar , Qusam , Al-Mughirah , Al-Ghaidak.
Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
• Sufiah , A’tikah , Barrah , Urwa , Umaimah , Ummu Hakim Al-Baidha’.
Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
• Hamzah , Al-A’bbas.
• Sufiah , Urwa.
Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
• Mariah al-Qibtiah , Raihanah.
Nama-nama Hamba Lelaki :
• Aslam , Abu Rafi’ , Sauban , Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan , Yasar Nubi.
Nama Anak Angkat :
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.
Nama-nama Khadam :
• Anas bin Malik , Abdullah bin Mas’ud , ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik , Bilal bin Rabah , Abu Zar al-Ghiffari.
Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
• Abu Bakar , Umar , Uthman , Ali , Zubir , Amir , Amru Al-‘As , Zaib bin Thabit , Muawiyyah , Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.
Setiausaha Sulit :
• Huzaifah b. Yaman.
Sifat Fizikal :
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat , putih kemerahan , mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis , keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang , suara kasar , gigi hadapan renggang.
Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :
• Siddiq [ benar ] , Amanah [ jujur] , Tabligh [ menyampaikan ] , Fatanah [ bijkasana ].
Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ] , Khianah [ pecah amanah] , Kitman [ menyembunyikan ] , Baladah [ bodoh].
Sifat-sifat Yang Harus :
• Makan , minum , tidur , berkahwin , sakit , demam.
Pendidikan :
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].
Pekerjaan :
• Gembala Kambing.
• Berniaga.
Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul :
• Umur 40 tahun di Gua Hira’.
Guru Pertama :
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.
Tugas Utama :
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.
Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.
Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.
Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم
Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.
Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.
Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.
Hijrah ke Madinah
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq , sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.
Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.
Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.
Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].
Berita Yang Mengembirakan :
• Keislaman Umar bin al-Khattab.
Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
Peristiwa Yang Mengembirakan :
• Pembukaan Kota Mekah.
Penglibatan Dalam Peperangan :
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.
Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].
Catat Rekod Dunia :
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].
Isteri Yang Paling Disayangi :
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].
Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah.
Cucu Yang Paling Disayangi :
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.
Sahabat Yang Paling Disayangi :
• Abu Bakar.
Nasihat Nabi :
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”
Wasiat Nabi :
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”
Syafaat Nabi :
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.
Tarikh Wafat :
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Sama-samalah kita berselawat ke atas junjungan Nabi kita Nabi Muhammad setiap kali kita mendengar nama Baginda. InsyaAllah.
sumber: http://www.skpt.edu.my/pend-islam/133-biodata-nabi-muhammad-saw
Tuesday, April 3, 2012
Untuk Siapa Aku Kelihatan Cantik?
Maisarah kelihatan bersahaja, merapikan keningnya
kemudian diambilnya gincu berwarna merah, dan mencuba gincu barunya itu,
"uh, merah sangat pulak! Macam mak datin" getus Maisarah dalam hati nya..
"alamak, muka aku pulak, kelihatan 'tak glow'." bisiknya lagi
di sapukan rona warna merah jampu di atas tulang mukanya supaya lebih naik seri wajahnya
Ditenung dan di belek lagi mukanya. Dah hampir setengah jam di depan cermin.
Sesekali dia melihat dirinya dari jarak yang lebih jauh dari cermin, "uh, gemuk pulak dah aku nih!' getusnya lagi,
Kemudian dia mencuba bajunya yang sedikit sendat, Tersenyum Maisarah berpuas hati, gembira dengan penampilannya. Sebelum meninggalkan bilik, di sembur minyak wangi DKNY yang di belinya dari Dubai Airport tempoh hari. Harum semerbak baunya. Kakinya megah melangkah ke dalam dewan untuk Grand Dinner
kemudian diambilnya gincu berwarna merah, dan mencuba gincu barunya itu,
"uh, merah sangat pulak! Macam mak datin" getus Maisarah dalam hati nya..
"alamak, muka aku pulak, kelihatan 'tak glow'." bisiknya lagi
di sapukan rona warna merah jampu di atas tulang mukanya supaya lebih naik seri wajahnya
Ditenung dan di belek lagi mukanya. Dah hampir setengah jam di depan cermin.
Sesekali dia melihat dirinya dari jarak yang lebih jauh dari cermin, "uh, gemuk pulak dah aku nih!' getusnya lagi,
Kemudian dia mencuba bajunya yang sedikit sendat, Tersenyum Maisarah berpuas hati, gembira dengan penampilannya. Sebelum meninggalkan bilik, di sembur minyak wangi DKNY yang di belinya dari Dubai Airport tempoh hari. Harum semerbak baunya. Kakinya megah melangkah ke dalam dewan untuk Grand Dinner
Perempuan sememangnya suka dipuji cantik, dan memang suka kelihatan cantik. Memang kelemahan perempuan, TELINGA, pantang kena puji!
Namun harus kita berhati hati, kesan bangga akan pujian yang diperoleh tak sampai 10 saat itu mampu mengundang murka Allah, mampu menjauhkan diri kita dari Allah, tempat kita mengadu memohon pertolongan. Sanggupkah kita? Semoga pakaian kita, perkara yang kita lakukan untuk menggembirakan manusia tidak mengundang murka Allah, nauzubillah..
Burung merpati terbang sekawan,
Terbang tinggi menggapai bulan,
Grand dinner megerat persaudaraan,
jangan berlebihan dalam pergaulan.
Pohon beringin tumbuh berdiri,
Tumbuh segar di tepi kali,
walau ingin kelihatan berseri,
bersolek tebal jangan sekali
Naik perahu membawa cengkih,
Awan larat di langit mega,
Memang tak mahu dilihat selekeh,
tetapi aurat harus dijaga.
Cik kiah menyediakan dinner,
Setelah seharian menabur baja,
Ketika menyediakan pakaian dinner,
Jangan berlebihan dalam berbelanja
Mari bercanda senda gurauan,
tinggi lampai si anak nyonya,
Biar berpada memakai wangian,
Jangan sampai mendapat murkaNya
Berhati hati jangan sampai grand dinner yang kita susah payah rancang menjadi satu pakej berbuat maksiat. Ketika bergambar jangan berlebih lebih, jangan berdua-duaan mengalahkan suami isteri!
Kalau selama ini kita menjaga waktu solat, kita menutup aurat dengan rapi, kenapa malam dinner semuanya hancur!
Semoga Allah lindungi kita dan membimbing kita dari segenap perbuatan.. Wallahu a'lam..
Firman Allah, “Dan hendaklah kalian tetap di rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu”. (Al-Ahzaab ayat 33)
Dari Abdullah bin ‘Amr, “Umaimah bintu Ruqaiqah berjumpa Rasulullah saw. untuk berbaiat kepadanya untu masuk islam, maka Nabi saw. berkata, "Aku membaiatmu untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anakmu, tidak membuat-buat kedustaan yang kamu kerjakan dengan kedua tangan dan kakimu, tidak meratap dan tidak tabarruj seperti dilakukan wanita jahiliyyah”. (HR. Ahmad)
Subscribe to:
Posts (Atom)