Social Icons

Thursday, April 5, 2012

Renungan


"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
(Al Baqarah: 208-209)


Firman Allah s.w.t.:  lagi “Dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat.” (Surah al-Tawbah, 9: 74)


Dalam ayat di atas, Allah swt memerintahkan kita supaya terus masuk ke dalam islam secara keseluruhan.
Apabila dikaji, ini bermaksud bahawa setiap apa tindakan kita mestilah berlandaskan pada Al Quran dan sunnah, dua sumber utama dalam Islam.

Tidaklah dikatakan kaffah  atau kesuruhan ( total ) apabila undang – undang/hukum / peraturan islam hanya diguna pakai ketika kita hendak berkahwin. Baru sibuk hendak mencari tok kadi dan masjid.



Bukanlah islam itu hanya dicari ketika solat jumaat, berpusu – pusu ke masjid mendengar khutbah.

Bukanlah islam hanya digunapakai ketika hendak bercerai di mahkamah - mahkamah syariah
Atau digunapakai  hanya ketika hendak mewariskan harta, hendak menentukan anak bulan bila berpuasa di bulan Ramadan, bila raya aidilfitri, bila nak ke Mekah menunaikan haji atau bila mati ( dimandikan, kapankan, dan tahlil)

Adakah sekadar itu sahaja?
Di mana hukum islam diletakkan ketika di luar masjid, mahkamah syariah dan di luar majlis2 atau upacara di atas?
Di mana islam,  di mana Allah selain dari waktu solat?

Kita mengharapkan Allah yang disembah dalam solat itu jugalah  Allah yang disembah di luar solat.




Dalam setiap perkara mestilah Allah dan islam dijadikan asas penilaian kita, neraca pertimbangan dalam setiap tanduk kehidupan kita.

Kita wajar utk menilai kembali di mana neraca kita ini apabila berhadapan / berada dalam ruang kehidupan seharian kita

Di mana akhlak kita, sikap kita semasa bersosial, berkomunikasi, bergaul, bersahabat?
Bekerja, menuntut ilmu, mencari rezeki?
Adakah kita selarikan dgn tuntutan agama kita, tuntutan syarak atau di luar dari acara2 di atas, kita main sapu saja?

Teknologi




Facebook, twitter medium baru. Maklumat berkembang pantas, tersebar luas.
Namun jika tidak diurus dengan baik, maka segala yang buruk juga dengan mudah terdedah.
Apa sahaja yg di hati di ‘ tweet’ . tk puas hati dgn si polan dan sekian perkara – juga di ‘tweet’ atau di tulis di status facebook.
Rasa gelojak, dendam, ketidakpuashatian, apa sahaja dgn mudah didedahkan hanya dgn teknologi ini.
Segala perkara yg selama ini terhijab tnpa pndangan orang melainkan Allah dan kita tersebar dan ditatap dgn mudah.



Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :
"Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu"


Di mana akhlak kita?


Melayu kita – makan babi haram

Arak selamba boleh teguk. Pergilah tengok di sekitar ibukota Malaysia, banyak.
 Mengumpat mencela tak da masalah.. menipu dalam mencari
 rezeki, halalkan  rasuah.
Matlamat halalkan cara  - prinsip Niccolò Machiavelli 

Tapi bila sampai part makanan – “ bro ini ada babi ka? Babi tk boleh makan, haram wo..”
Renung – renung sejenak situasi di atas.

Ditipu dengan Istilah

Kejatuhan umat islam sebab kita tinggalkan Islam.
Kita dimuliakan oleh islam.. tanpa islam, apa yang tinggal pada kita?
Setelah jatuhnya sistem khalifah pada 1924,pelbagai budaya dan ideologi cara pemikiran selain islam dibawa masuk ke Negara islam.
Umat islam dimomokan dengan pelbagai alasan bahawa sistem islam tidak ‘compatible ‘ dan tidak memajukan kita semua..
Umat islam ke belakang.

Pelbagai tawaran dan alternative diberikan.
Dari istilah yang simple seperti hak asasi manusia hingga ke istilah yang memeningkan seperti  Egalitarianism , semuanya hendak memesongkan umat ini.
Kita diajar untuk maju dan bangun, mesti mencontohi sistem alternative ini selain islam.
Tapi secara jujurnya, pergi lihat sendiri di negara mereka.
Hak asasi dan kebebasan bersuara? Hijab diharamkan di Perancis, menara masjid tidak dibenarkan dibina di Swiss sedangkan di negara umat islam begitu lantang melaungkan prinsip kesamarataan, kebebasan agama lain diamalkan tapi in their own land, “owh no this is against our culture’

Apa ini? HIPOKRIT




Jangan tertipu dengan dakyah dan istilah – istilah yang mengelirukan.
Para sosialis dan komunis yang berbangga dengan daulah komunis yang berkiblatkan
Moscow dan Beijing. Lihat apa jadi pada 2 negara impian para aktivis komunis/ sosialis ini?
Soviet Union runtuh pada 1991 ..Kini Beijing sendiri membuka pasaran bebas di bawah wilayah ekonomi baru shenzhen sbgai contoh.
Mana kitab karl max yg dilaung – laungkan tu? dh campak ke mana?

Ideologi kapitalis yang dicanang amerika oleh mereka yg berkiblatkan Washington DC dan New York serta London..hari ini menyaksikan satu demi satu muflis dan jatuh ekonomi mereka...
 Belum tambah lagi dgn masalah keruntuhan moral sehinggakan one of my genetics lecturer told us in class..



“ ¼ of Germany/Czech population , the children born with unidentified father. Who are the fathers of these child? this is why Mohamad ( our prophet ) put a very strict rules regarding woman  1400 years ago..”




Ini bukan zaman slogan – tapi zaman pelaksanaan


Balik pada firman Allah :

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
(Al Baqarah: 208-209)


Kita laung – laungkan islam way of life, islam is the only solution
Tapi mana nak percaya kalau apa yg dilihat tidak sama dengan apa yang dikata?
Zaman slogan sudah berakhir.
Praktikan islam , tonjolkan keindahan islam dan dengan sendiri Islam kembali menjadi kebanggaan kita.


Bagaimana? Belajar dan mula dengan diri.
Kemudian ajak yang lain bersama kita.

"tegakkanlah daulah islam dalam dirimu,nescaya islam tertegak di bumimu" (ulama')



Wallahua’lam





2 comments:

  1. Salam wbt, ana rasa ada sedikit salah ejaan. Egalitarianism.... Bukan eligataranism...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...