DI KALA MALAM HARI...
MALAM…sinonim
dengan gelap, sunyi, study, tidur, midnight movie, dan banyak lagi….dimanakah
atau bilakah akan wujudnya solat sunat, tilawah
al Quran, zikrullah, qiyamullail… (Subhanallah, Astaghfirullah..tidaklah yang
menaip ini lebih baik drp yang membaca)
MALAM…juga
dikaitkan dengan KUBUR! Tapi bukan kerana sunyinya, dinginnya, seramnya, ahli
kuburnya tapi….
Ingatkah lagi
hadith Rasulullah SAW mengenai bekalan para da’ie?
Dahulu Allah
telah mempersiapkan baginda dengan kelengkapan, persiapan dan bimbingan yang
rapi bagi membolehkan baginda memikul amanah menyampaikan Islam.
Namun
bagaimana pula keadaan para da’ie yang datang selepas baginda? Siapakah yang
akan mempersiapkan dan memberi bekalan-bekalan yang sewajarnya dalam menempuh
jalan perjuangan yang penuh liku-liku dan ranjau ini?
Nabi SAW
bersabda kepada Abu Zar r.a dalam nada pertanyaan :
“Sekiranya engkau akan mengembara,
apakah engkau akan membuat persiapan?” Jawab Abu Zar “Ya!”. “Bagaimana pula
dengan pengembaraan menuju hari kiamat? Mahukah engkau mendengar sekiranya aku
memberitahu kepadamu tentang bekalan yang berguna untuk menghadapi hari
tersebut?” Jawab Abu Zar “Bahkan mahu wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku”.
Mendengar jawapan Abu Zar itu baginda pun bersabda:
- - Berpuasalah di hari yang panas terik demi menghadapi hari kebangkitan
- - Sembahyanglah dua rakaat di tengah gelap gulita demi menghadapi kesunyian dan kegelapan kubur
- - Tunaikan haji demi menghadapi cabaran-cabaran besar yang menanti
- - Hulurkan sedekahmu untuk si miskin
- - Ungkapkanlah sentiasa kalimah yang benar
- - Diam dan hindarkanlah diri dari bertutur dan melafazkan perkataan-perkataan yang tercela dan buruk.
Baik…! Mari kita
fokuskan kepada pesanan baginda yang kedua itu..
Musim
peperiksaan bakal muncul tiba, maka ramailah yang akan menjadi ‘burung hantu’..
study sampai lewat malam ataupun sampai subuh..manakala siang hari pula tidur..jadi,
diri ini ingin mengajak diri sendiri serta sahabat-sahabat sekalian untuk
menyelit sedikit masa untuk bangun dari tempat study dan pergi mengambil wuduk
dan menunaikan solat sunat malam..
Kenapa? Untuk
apa? Apakah ganjarannya? Apakah keistimewaannya?
Ini kerana
solat malam tidak dapat ditandingi oleh sebarang ibadah dan juga dapat membekalkan
para mukmin dengan potensi dan daya juang yang hebat. Ia merupakan penebus
segala dosa, pencegah keburukan dan penghapus penyakit yang ada dalam badan.
Sesungguhnya jiwa (orang) yang
terbentuk di waktu malam itu lebih mantap (keperibadiannya) dan lebih jitu
kata-katanya.
al-Muzzammil
: 6
Nabi SAW
pernah berkata mengenai orang yang mencerahkan malamnya dengan ibadah, maka
Allah akan menerangkan kuburnya dengan rahmat dan kurniaanNya.
Subhanallah alangkah
seronoknya..alangkah hebat dan besarnya nikmat ganjaran Tuhan yang Maha Pemurah
itu..
Selamatlah, sejahteralah,
gembiralah, bahagialah, orang yang tidak nyenyak tidur malam, yang bertungkus
lumus melawan hasutan syaitan untuk bangun malam, orang yang dapat selitkan
masa study dengan solat 2 rakaat apabila dikurniakan Allah nikmat yang tidak
terkata di kubur kelak.
Ayuh sama-sama
bangun menunaikan solat malam…demi kubur masing-masing kelak!!
No comments:
Post a Comment