Jari yang menyentuh kejayaanmu akan datang adalah jari yang sama yang kau miliki hari ini. Jangan pernah berhenti berharap kerana modalmu sudah tersedia, tempuhilah cabaran esok dengan yakin. Sekali kau undur kau hanya menambah jarakmu dengan takdir kegemilanganmu. Jika kau berhenti, kau hanya melambatkan masa untuk kau merasai kejayaanmu. Namun, awasi langkahmu!
Garisan nikmat dan maksiat,
jangan pernah kabur
PANCAINDERA
Terlebih dahulu mari kita
hayati sebentar nikmat yang memenuhi hari-hari kita iaitu nikmat pancaindera.
Nikmat inilah yang akan kita gunakan untuk memerah keringat dan seluruh keupayaan kita ke arah kejayaan
yang diimpi-impikan iaitu syurga yang kekal abadi.
1.
Jasad adalah tempat tinggalnya ,
Mari kita fikir
sejenak . Peganglah sebatang pensel mekanikal. Kemudian, pisahkan setiap
bahagiannya. Setelah itu mampukah anda menulis dengannya?
Maka 1+1=1 .
SATU mata pensel ditambah dengan SATU
rangka pensel menghasilkan SATU pensel yang boleh digunakan. Seperti yang kita sedari jasad kita terdiri
daripada anggota yang menguatkan antara satu sama lain. Jika kaki telah
digerakkan ke tempat maksiat , maka di manakah tumpuan mata dan hatinya? Sudah
tentu turut bertanggungjawab atas bahang dosa tersebut.
Oleh itu, Jika kita sibuk menghitung- hitung sedekah
kita semalam, maka hari ini marilah kita sama-sama menghitung- hitung perlakuan
dosa setiap anggota tubuh kita. Jika dosa kelmarin masih terasa terlalu
sedikit, bagaimanakah rasanya selepas membuat kiraan tadi?
2.
Hati menutup fungsi pancaindera ,
Hati yang enggan memahami tujuan sebenar
hidupnya dan tanggungjawab yang tergalas di bahunya sudah tentu menghalang
tubuhnya dari melaksanakan ketaatan kepada Allah. Matanya tidak mampu menyedari
keberadaan alam sebagai nikmat dari Rabbnya yang perlu ditadbir sebaik-baiknya.
Telinganya panas mendengar untaian
nasihat dan bimbingan ke syurga. Lalu , wajahnya berpaling dari jalan menuju
Tuhannya.
"Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai)
tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada
telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran
Al- Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di
dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri". Surah al isra’ :46
3.
Mengetuk pintu hati dengan gegaran nikmat,
“Atau (orang-orang
kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita
di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah
atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis –
apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama
sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang
peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh
sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).” Surah an nur :40
Nikmat Allah sebenarnya
sudah mampu mendekatkan hamba pada Penciptanya. Jiwanya dipenuhi rasa syukur.
setiap gerak sendinya ketika mengenggam butiran putih nasi , merasai pelbagai
rasa sejurus makanan mencecah lidah , merasa
kenyang, hatta hela nafasnya yang tidak pernah terhenti sepatutnya menimbulkan
rasa malu atas nikmat yang terhutang tanpa langsai hingga ke akhir hayat. Bahkan
menghadirkan rasa cinta atas anugerah2 y melengkapi hidupnya.
Namun, perlu
disedari lantaran nikmat itu juga , seorang hamba boleh menjauhkan dirinya dari
Yang Maha Memberi laksana raja yang tertidur di singgah
sana emas. Dalam tidurnya yang lena, sudah tentu dia tidak sedar sama
ada tempat tidurnya diperbuat dari emas atau kayu . Maka, emas itu tidak ada
nilai buatnya saat itu. Hamba yang ‘terlena’ leka dengan nikmat2 yang tunduk kepadanya; tangan yang tidak pernah engkar meskipun menyentuh yang
haram baginya, mata yang selalu taat pada tuntutan hati untuk meneliti
keindahan dunia sehingga sang hamba lupa tanggungjawabnya. Apakah yang akan dia
akan persembahkan kepada Y Esa . Seluruh tubuh digerakkan untuk melayani
kehendak jiwa yang batil.
Sekarang
sudah tiba masanya untuk kita mengangkat
sauh untuk perjalanan yang masih jauh ini. Sudah begitu lama kita berehat terbuai
dalam mimpi indah.Sedarlah wahai tentera2 Allah! Impian itu tidak akan tercapai jika usaha kita Cuma ala
kadar. Gegarkanlah dada-dada pejuang kita
, apakah kita mahu membeli syurga dengan harga yang murah? Tidak ! Harganya
adalah seluruh jiwa dan setiap inci tubuh kita bahkan harta dan waktu- waktu
yang menemani kita.
4.
Bersandar kepada Allah ,
“Tidak ada
kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin
Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya
(untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan
(ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. Surah at taghabun:11
Maka cukuplah ayat
ini untuk menemani dan menerangi jalan perjuangan kita. Ayat ini adalah hadiah
dari kekasih hati kita. Dia memberi jaminan keselamatan untuk jiwa- jiwa di bawah
peliharaan-Nya. Maka marilah kita sama- sama menguatkan simpulan antara hati-hati
kita dan mendepani segala cabaran dengan senyuman dan jiwa yang lapang. Ya.
Pilihan yang ada hanyalah Syahid atau menang !
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment