Bismillah..
Pernah tak terasa tidak suka atau benci pada seseorang? mungkin kerana sikapnya yang tidak tahu hormat hak orang lain, atau dia jenis yang tidak bertanggungjawab, atau mungkin kerana sikap2nya yang berbeza dengan prinsip Islam yang patut diamalkan. Pernah? selalu?
Kalau benci atau tidak suka..biarlah berpada..
Kerana kita tidak tahu kedepannya atau pengakhirannya bagaimana..
kan Allah Maha Berkuasa membolak balikkan hati.
kan Allah dengan mudah boleh memberi hidayahNya.
kerana kita juga tidak tahu amalannya yang lain bagaimana. mungkin ada amal solehnya yang lain yang dinilai dan disukai Allah..
oleh itu kawan2, berpadalah..
Teringat kisah seorang wanita yang memberi minum seekor anjing yang kehausan.. diriwayatkan dari Imam Muslim “Sesungguhnya
seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah
perigi pada hari yang sangat panas. Anjing itu berusaha menjelirkan
lidahnya kerana kehausan. Beliau kemudian menggunakan kasutnya yang
diperbuat daripada kulit iaitu khuf untuk mengambil air telaga tersebut
sehingga anjing tadi dapat minum. Oleh kerana perbuatannya itu, dosa
wanita tersebut diampunkan.” (Muslim ).
Subhanallah..betapa luasnya pengampunan Allah..dan betapa terbatasnya kemampuan kita untuk menilai manusia..
Jadi, tak bolehkah kita berasa benci? Tentu saja boleh. Wajar dan patut kita berasa marah atau benci, jika ada seseorang yang melanggar hak orang lain, jika ada seseorang yang melakukan maksiat kepada Allah, jika ada seseorang yang tidak mengamalkan Islam dengan sebenarnya.Sangat wajar.kerana dia sedang berlaku zolim!
Tetapi berpadalah.. jangan sampai kita merasa lebih baik dan hebat lalu berasa sombong diri, ujub, menjauhkan diri..
Bencilah kepada perbuatannya bukan kepada pelakunya..
Maksudnya, pergilah menegur supaya dia tidak mengulanginya, bergaul dengannya dengan cara yang baik agar dia dikelilingi orang2 yang baik yang dapat menjadi contoh kepadanya, dan sangat penting, doakan dia agar diberi hidayah oleh Allah..
ok kawan2, selamat beramal
~albaqiyat assholihat~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
i realy like your post.memberi inspirasi.
ReplyDelete