Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...
2) Tidak terikat pada satu mazhab.
Adalah mustahil bagi satu-satu mazhab menyelesaikan semua masalah bagi semua keadaan untuk semua orang. Sesetengah mazhab mungkin sesuai bagi sesetengah keadaan tetapi tidak sesuai dengan keadaan lain. Sesetengahnya pula sesuai dengan sesetengah iklim dan geografi tetapi tidak sesuai dengan iklim dan geografi yang lain. Sesetengahnya pula mungkin sesuai dengan sekelompok manusia ataupun bangsa-bangsa khususnya tetapi tidak dengan yang lain.
Sebagai contoh, pendapat mazhab Syafie yang mengatakan wuduk batal apabila dua orang yang bukan muhrim dan berlainan jantina bersentuhan kulit sama ada sengaja mahupun tidak. Pendapat ini tidak releven bagi mereka yang sedang bertawaf di Baitullah semasa haji mahupun umrah. Agak mustahil bagi seseorang mengelakkan diri daripada bersentuhan pada waktu itu kecuali mereka berupaya terbang ataupun terapung-apung di udara semasa tawaf dilaksanakan. Solusinya, para pengikut mazhab Syafie terpaksa bertukar kepada mazhab yang berpendapat wuduk tidak terbatal kerana perkara itu.
Contoh yang lain adalah keadaan umat Islam yang tinggal di negara yang sedikit umat Islamnya ataupun daerah yang hanya ada segelintir umat Islam, kurang 40 orang lelaki. Dalam keadaan seperti ini, bagi pengikut mazhab Syafie, mereka tidak dapat menunaikan solat Jumaat sepanjang hidup kerana syarat sah menunaikan solat Jumaat dalam mazhab Syafie perlu dihadiri oleh 40 orang lelaki muslim yang bermukim. Oleh itu, apabila umat Islam di tempat ini ingin menunaikan solat Jumaat, mereka perlu berpegang dengan mazhab lain yang membenarkan solat Jumaat dengan bilangan yang lebih kecil.
Antara dasar yang utama bagi mereka yang tinggal di luar negara adalah tidak tertakluk dengan pendapat satu mazhab sahaja. Apabila mereka tidak terikat dengan satu mazhab sahaja, mereka terpaksa mengamalkan talfiq iaitu mencampurkan pelbagai pendapat mazhab dan mengamalkan lebih daripada satu satu pendapat mazhab. Dalam dunia moden dan juga dalam keadaan Islam mula berkembang di segenap pelosok dunia, pengamalan talfiq menjadi perkara kemestian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment