Tuesday, December 31, 2013
Friday, December 27, 2013
Kisah Anak Gajah yang Tragis
Bismillah
Sekawan gajah tinggal di hutan Borneo. Dan pada satu hari
kawanan ini telah bertembung dengan sekumpulan pemburu haram. Pertembungan ini
berakhir dengan pembunuhan mereka semua, kecuali seekor anak gajah yang baru bertatih
mengenal dunia, sengaja dibiarkan hidup. Sungguh tragis! Lagi menyedihkan. Bahana
kerakusan manusia memburu gading bernilai, seekor anak telah bergelar yatim
piatu…
Cukup meyedihkan
Anak gajah itu kemudiannya dijual kepada kumpulan sarkas.
Dan dengan itu bermulalah episod baru kehidupan yang sungguh menjerihkan bagi si
anak. Dipaksa berlatih dengan keras setiap hari sebagai persiapan di masa depan
untuk menjadi sumber hiburan manusia. Tidak! Tidak sama sekali gajah itu rela terus
diperhambakan sedemikian rupa. Maka pada satu malam, anak gajah itu berusaha
melarikan diri dengan cuba melepaskan diri daripada belenggu ikatan rantai yang
mengikat kakinya. Namun begitu, meski gigih anak gajah itu berusaha, tidaklah
dapat dia meloloskan diri…
Dicubanya lagi di malam keesokan, dan juga di malam-malam
yang berikutnya. Cubaan demi cubaan namun bertemu dengan kegagalan, usaha yang
sia-sia, ibarat layang-layang melawan angin. Dan dengan itu putuslah sudah segala
harapan si anak gajah, berserahlah dia kepada takdir, seperti layang-layang putus teraju… ‘Aduh, celaka sungguh
nasibku, langit runtuh, bumi telah terban,
bagaimana mungkin aku bisa bebas?’ rintih sang gajah...
Beberapa tahun berlalu, anak gajah kini sudah menjadi seekor
gajah yang matang, gagah perkasa, tapi... masih lagi berstatus haiwan sarkas…
masih lagi menjadi hamba… masih lagi
ditambat dengan rantai yang sama…
Sindrom Anak Gajah
Umum mengetahui bahawa seekor gajah dewasa mudah sahaja
mampu menumbangkan pokok-pokok gergasi di hutan maka pembaca mungkin
tertanya-tanya, bagaimana kini seekor gajah dewasa mampu ditambat dengan rantai
biasa? Anak gajah tidak mampu untuk melepaskan diri daripada belenggu rantai
kerana tidak mempunyai kekuatan yang mencukupi. Kini setelah dewasa dia mampu
malah lebih daripada itu tapi gajah itu tidak akan cuba melarikan diri, kerana
kemampuannya pada masa sekarang kini telah dihadkan oleh keterbatasannya di
masa lepas. Inilah yang kita namakan sebagai sindrom anak gajah.
Anda daripada awal dilahirkan mempunyai potensi penuh yang
sangat besar, dan apabila masa berlalu dan dengan pilihan yang anda pilih, anda
akan kehilangan sedikit demi sedikit potensi tersebut*. Sebagai contoh, pelajar
lulusan SPM yang cemerlang mempunyai banyak pilihan dalam memilih jurusan
pengajian di universiti dan apabila dia memilih bidang perubatan, maka dia
telah menutup potensi yang dia ada untuk bidang pengajian yang lain. Dan
apabila seorang doktor memilih untuk menjadi seorang pakar bedah, maka doktor
itu juga telah menutup potensi yang dia ada untuk bidang kepakaran yang lain.
Dalam erti kata lain, pelajar sekolah menengah sebenarnya mempunyai potensi
yang lebih besar daripada pelajar perubatan dan juga doktor, kerana dia masih
boleh memilih dan pilihannya itu mungkin membawa kepada masa depan yang jauh
lebih cemerlang berbanding dengan dia yang memilih bidang perubatan.
Apa yang ingin di sampaikan di sini adalah, anda hanya boleh
kehilangan potensi anda, maka jangan anda mengehadkan lagi potensi anda di masa
sekarang dengan sejarah kegagalan di masa lalu. Jangan bina sempadan palsu di
dalam minda anda yang kemudiannya mengekang kemampuan anda untuk terus pergi
maju ke hadapan apabila rebah. Sedangkan pada hakikatnya anda mampu bangkit! Jangan
biarkan kegagalan anda di masa lalu menentukan apa yang anda akan capai dalam
hidup. Jangan jadi seperti gajah yang terpenjara dengan mindanya sendiri!
Wallahualam.
Pembaca yang budiman mungkin tertanya-tanya kini apakah
nasib gajah yang telah diceritakan di atas. Suka untuk saya maklumkan di sini
bahawa di atas usaha beberapa insan prihatin dengan kerjasama Jabatan
PERHILITAN, gajah tersebut telah diselamatkan dan kini ditempatkan di Zoo
Negara** dan bahagia tinggal bersama penjaga zoo yang berdedikasi.
Alhamdulillah.
Kini bahagia
Nota
Laksana layang-layang melawan angin = Perbuatan yang sia-sia
Laksana layang-layang putus teraju =
Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi
Langit runtuh, bumi telah terban =
Segala harapan sudah musnah. Terban = runtuh
*OHCS m/s 99
**Haiwan liar
yang dibesarkan sejak kecil bersama manusia tidak sesuai dilepaskan di habitat
asal.
Tuesday, December 24, 2013
Rebut 5 sebelum 5
Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat
sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan
hidup sebelum mati.” (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Janganlah
bertangguh-tangguh dalam berbuat kebaikan dan rebutlah 5 perkara sebelum
datangnya 5 perkara.
Beribadatlah, dan
lakukanlah ibadat sunat disamping ibadat fardhu semasa sihat sebelum datangnya
kesakitan,
Bersedekahlah semasa
masih kaya (berharta) sebelum ditimpa kemiskinan. Jangan lah kita bagi alasan
untuk bertangguh dalam bersedekah. Belajarlah bersedekah walaupun ketika
sempit, supaya kita dapat terus bersedekah ketika senang nanti. ;)
Berzikirlah sewaktu
masih mempunyai kelapangan sebelum dilanda kesibukan, misalnya di waktu pagi
sebelum melakukan kerja-kerja harian dan di waktu petang setelah selesai
bekerja. Sebagai pelajar, kita juga boleh berzikir masa tengah tunggu bas, masa
berjalan ke kelas, masa tengah tunggu pak cik kedai siap kan order kita di
restoren. Berzikir lebih baik daripada kita mengata orang, bergosip, dengar
lagu yang tidak bermanfaat dan lain-lain. Mudah kan Islam ni?? ;)
Carilah keperluan dunia
dan akhirat semasa masih muda dan mempunyai kekuatan tenaga sebelum datangnya
tua dan tidak mempunyai kekuatan. Kadang kala kita memilih untuk bertangguh.
Orang selalu ckp, mereka nak beramal bila dah tua sikit. Tapi, perlu ingat,
kalau kita tak try beramal sekarang, macam mana kita nak dapat kekuatan untuk
beramal di kemudian hari. Kalau hari ini kita penuhkan hari-hari kita dengan
perkara yang sia-sia, jangan harap lah bila dah tua nanti kita ada semangat nak
beramal. Sebab nye dah tua nanti, badan dah lemah-lemah sebab tak pernah try
beramal.
Beramallah di sini
(semasa berada di dunia) semasa hidup kerana ia berguna selepas kematian nanti
(semasa di akhirat). Di sana kita tidak lagi dapat beramal.
Ayuhai Syabab (pemuda),
jangan lah sia-sia kan usia mudamu. Mudamu takkan datang dua kali. Gunakan
kesempatan usia mudamu yang sehat, bertenaga dan bersemangat untuk beribadat
kepada Allah. Manfaat kan masamu ketika sakit, supaya kamu dapat bersyukur
nikmat kesihatan yang Allah berikan kepada mu..
InsyaAllah, amal yang
anda buat, anda sendiri yang dapat.
Saturday, December 21, 2013
Allah Menguji Orang-Orang Mukmin
Bismillah
Aliff lam mim. Apakah manusia itu mengira
bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja mengatakan : Kami telah beriman.
Sedangkan mereka tidak diuji
lagi. Sesungguhnya Kami telah menguji
orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang
yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
( Surah al Ankabuut : 1-3 )
Ayat di atas menyatakan bahawa setiap manusia yang beriman
pasti akan diuji oleh Allah SWT. Malah semakin tinggi iman seseorang itu, semakin
dikasihi, namun semakin berat pula ujian yang menanti, kerana insan tersebut
kini mempunyai kapasiti yang bersesuaian untuk menghadapi ujian, diukur melalui
ketinggian iman yang dimiliki. Ini adalah berdasarkan kepada hadis yang
berikut.
“Orang yang paling berat
dicuba ialah para Nabi kemudian yang paling baik selepasnya,kemudian
orang yang paling baik selepas itu”
Saya teringat seorang
artis lelaki yang gemar memakai pakaian perempuan pernah berkata bahawa
kalaulah Allah berkehendak, maka sudah lama beliau ditimpa bala. Beliau ingin
memberitahu secara tidak langsung bahawa sihatnya beliau, dan senangnya beliau
dalam kehidupan bermakna tindakannya itu (memakai pakaian wanita) tidaklah
dibenci Allah secara total. Kalaulah sebaliknya maka dimanakah azab yang
dijanjikan itu.. ?
Di sini suka untuk diingatkan bahawa ujian itu datang dalam
pelbagai bentuk. Ujian bukanlah dalam bentuk musibah atau bala bencana
semata-mata. Malah nikmat seperti kesenangan, harta kekayaan, pangkat dan
jawatan juga merupakan ujian. Ujian yang diturunkan boleh jadi bertujuan
mendekatkan hambaNya kepada Allah. Boleh jadi juga bertujuan untuk semakin
menjauhkan insan tersebut, supaya terus lalai dalam kehidupan dunia dan pada
masa yang sama ditangguhkan balasannya ke akhirat kelak.
Dan bagi orang mukmin, ujian dari Allah adalah tidak lain
dan tidak bukan, tanda cinta Allah kepada mereka.
“Anas RA meriwayatkan
bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya besarnya pahala sesuai dengan
besarnya ujian dan jika Allah mencintai suatu kaum Dia akan menguji mereka,
siapa yang ridha maka baginya keridhaan (Allah) dan siapa yang murka maka
baginya kemurkaan (Allah)" (Hadits
riwayat Tirmidzi (no. 2576) dan disahihkan oleh Al Albani)
Persoalannya kini, adalah mengapa Allah ingin menguji hamba-hambaNya yang
beriman? Bagaimana seseorang itu boleh bermotivasi untuk meningkatkan iman
sekiranya yang menanti adalah ujian yang berat-berat semuanya?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari
orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk
mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh.
(Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan
Al-Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah?
Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah
kemenangan yang besar.
(Surah at-taubah: 111)
Ayat diatas mengatakan bahawa Allah mahu ‘berjual beli’
dengan orang-orang mukmin. Sebagaimana urusan jual beli diantara manusia, ada benda
yang Allah beli dengan harga yang murah, dan ada benda yang Allah beli dengan harga
yang mahal. Di sini Allah mahu menguji hamba-hambaNya yang beriman kerana Allah
ingin membayar mereka dengan harga yang mahal. Ada tujuh lapisan syurga dan
Allah suka untuk membayar hamba-hambaNya dengan lapisan tertinggi sesuai dengan
iman yang ditawarkan. Dan di antara tanda orang yang beriman adalah mereka itu bersyukur
apabila menerima nikmat dan sabar apabila menerima musibah.
Wallahualam
Rujukan:
·
Saturday, November 30, 2013
Saudara baru
"Pracujete?", cuba bertanyakan pekerjaannya, "tezke", jawabnya bererti "susah"..
Menundukkan pandangan, matanya tersimpan pelbagai beban yang terpikul.
Wanita czech itu telah lama disitu, nampak seperti akan duduk lebih lama disitu. Sedang memulakan perjalanan barunya dengan alquran. Alhamdulillah, telah sebulan memeluk islam.
Kuhulurkan sedikit wang sebagai "hadiah" kepadanya daripada kami. Air matanya bercucuran menangis. Seolah olah tidak dapat difahaminya. Bagaimana "a strangers" boleh merasa sangat gembira dengan pengislamannya sehingga ingin memberinya hadiah. Wang yang tidak seberapa itu, cukup bermakna buatnya, tambahan dalam keadaan dunia tidak menyebelahinya.
Dunia sekarang semakin "menggila". Tak hairan, ramai yang muda dan yang masih tampan luarannya, di wad sakit jiwa. Bila dunia menekan teruk, manusia berbuat semampu boleh untuk terus meneruskan hidup. Kalau tiada agama sebagai penyelesaian, kalau tiada Tuhan sebagai sandaran, kapasiti badan serta keupayaan akal tidak mampu bertahan.
Beruntunglah wahai saudara baru, kerana belum tentu, kita yang sudah lama mengaku beragama, benar benar tahu peranan penciptaan diri, jauh sekali untuk sedar akan destinasi akhir nanti.
Kutinggalkan dia dalam rumah Allah yang tenang itu, menuju ke jalan raya yang penuh sesak..
Saturday, October 12, 2013
alkisah
sesi tazkiyatulmaut percuma aku peroleh dalam kelas bioethic tadi. Semangat di awal waktu, cikgu memulakan tajuk 'death', dengan soalan..
di dalam kelas ethic saja terbukti aku 'dayus'. Kerana tidak menguasai ilmu, dan kurang fasih dalam penerangan, aku selalu mengambil langkah diam, 'angguk-angguk, geleng-geleng' saja dalam kelas, sesekali tersenyum atau tertidur silih berganti leka, mendengar perbincangan.
Walhal, setiap soalan yang dikemukan sangat memerlukan jawapan, dan setahu kita penganut agama islam, Islam menyediakan jawapan terbaik, kerana jawapan kepada soalan seperti, "Apa yang berlaku selepas mati?", "bolehkan euthanasia di lakukan?", "adakah haiwan punya hak?", "Beretikakah prosedur ibu tumbang?" "kenapa ini patut..dan kenapa itu tak patut...yadda yaddaa...the list goes long..
"do you believe in death?", "do you think you will be dead?"..melilau matanya mencari jawapan dan pandangan..Tanpa menunggu lama..kedengaran jawapan canggih dari hujung belakang kelas, dan.kepala pelajar lain tertumpu kearah lelaki daripada Cyprus itu.
"as least for now, yes, 99% will be dead, but not sure in the future"..dia tersenyum dengan jawapan yang sememangnya difikir dalam-dalam sebelum menjawabnya tadi.
Aku terpinga-pinga, terpegun dengan jawaapannya, sepanjang kelas. bukan kali ini sahaja soalan soalan dan jawapan-jawapan pelik di kongsi oleh pelajar. Lontaran soalan dan jawapan sentiasa diberi dan di jawab, dan setiap kali itu juga kepala aku berubah ke sana dan kemari, lagak sedang menonton perlawanan badminton. Sekejap toleh ke kanan, kejap ke kiri.
Aku berfikir sejenak, mereka ini ku akui, punya pemikiran yang sungguh kritis, menghafal cabang-cabang salur darah dan urat saraf dalam Anatomy dengan begitu mudah., punya kepintaran yang luar biasa. Namun, sayang, ilmu yang tidak dibimbing wahyu akan "ke laut" juga. Moga mereka-mereka ini akan memperoleh hidayah..
Aku berfikir sejenak, mereka ini ku akui, punya pemikiran yang sungguh kritis, menghafal cabang-cabang salur darah dan urat saraf dalam Anatomy dengan begitu mudah., punya kepintaran yang luar biasa. Namun, sayang, ilmu yang tidak dibimbing wahyu akan "ke laut" juga. Moga mereka-mereka ini akan memperoleh hidayah..
x x x x
hidayah? sampaikah dakwah aku kepada mereka? Apa yang telah aku perbuat sepanjang beberapa tahun pengajian aku di sini? sedikit sebanyak beban tanggungjawab menyampaikan dakwah itu terpikul pada bahu aku..sedarkah aku?
di dalam kelas ethic saja terbukti aku 'dayus'. Kerana tidak menguasai ilmu, dan kurang fasih dalam penerangan, aku selalu mengambil langkah diam, 'angguk-angguk, geleng-geleng' saja dalam kelas, sesekali tersenyum atau tertidur silih berganti leka, mendengar perbincangan.
Walhal, setiap soalan yang dikemukan sangat memerlukan jawapan, dan setahu kita penganut agama islam, Islam menyediakan jawapan terbaik, kerana jawapan kepada soalan seperti, "Apa yang berlaku selepas mati?", "bolehkan euthanasia di lakukan?", "adakah haiwan punya hak?", "Beretikakah prosedur ibu tumbang?" "kenapa ini patut..dan kenapa itu tak patut...yadda yaddaa...the list goes long..
tersedia dalam al quran, dibincangkan panjang lebar oleh para ulama', tapi kita yang malas menggali mutiara tersebut... realistik sangat kah aku?
renung kembali apa yang kita perbuat pada masa lapang kita...
Kesimpulan:
buat aku yang bernama remaja remaji, hikmah itu adalah sesuau yang hilang daripada kita. Sebaik mungkin perlu kita sematkan dalam-dalam, untuk cuba menguasai ilmu, memperelokkan ibadah dan hubungan kita dengan Allah, ikhlas dan penuh jujur dalam kehidupan, dan jangan terlalu lama dan menghabis masa dengan perkara yang remeh..
cerita cintan cintun, gossip artis sana sini, menonton movie berepisod-episod, menjadikan kita lemah dan lemah, kalah dengan nafsu dan sering terjebak dengan maksiat. Benteng kita semakin melemah kerana perkara sebegini.
sekarang, ambil cermin, dan refleksi diri, moga kita terus menerus berusaha membaiki diri, ke arah yang lebih baik.
sekarang, ambil cermin, dan refleksi diri, moga kita terus menerus berusaha membaiki diri, ke arah yang lebih baik.
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh sungguh kerana hendak memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya" (29:69)
Wallahua'lam, ya Allah bimbinglah kami..
Tuesday, October 1, 2013
Kenapa kadar jangkitan HIV lebih tinggi di Afrika?
Bismillah
Beberapa hari yang lepas saya telah terbaca satu artikel yang menarik di Al-Jazeera mengenai stigma yang dihadapi oleh penghidap
jangkitan HIV di Somalia. Satu artikel yang menyedihkan namun pada masa yang
sama telah membangkitkan satu persoalan yang telah lama bermain di fikiran saya
– Mengapa kadar jangkitan HIV lebih tinggi di Afrika?
Sejak bermulanya epidemik HIV, dianggarkan 70 juta manusia
telah dijangkiti dan di seluruh dunia dan pada akhir 2011, 34 juta manusia hidup
dengan HIV, bermakna 35 juta telah meninggal disebabkan AIDS. Daripada jumlah
penghidap HIV kini, 69 % tinggal di sub-Saharan Afrika. Hampir 1 bagi setiap 20
orang dewasa di sana menghidap HIV.1
Mari teliti situasi di Botswana. HIV telah merebak dengan
sangat pantas di sana. 20 tahun yang lalu, tiada siapa pun yang menderita dengan
HIV. Namun pada 1992 dianggarkan 20 % orang dewasa yang aktif dalam hubungan
seksual telah dijangkiti. Pada 1995 nisbah tersebut telah meningkat kepada >30
% dan pada 2004 sebanyak 40 %.2 Situasi yang sama juga berlaku di
negara sub-Saharan Afrika yang lain. HIV
prevalence pada tahun 2011 (dalam %) bagi orang dewasa berusia 15 – 49
tahun di Swaziland adalah 26, Lesotho 23.3, Zimbabwe 14.9, Namibia 13.4, South
Africa 17.3. dan Botswana kini, 23.4.3
Nisbah ini jika dibandingkan dengan data dari bahagian dunia
yang lain menunujukkan perbezaan yang sangat ketara. Untuk perbandingan, HIV prevalence di USA adalah 0.7, UK
0.3, Czech Republic <0.1, Australia 0.2, Indonesia 0.3, Malaysia 0.4, malah
Thailand yang terkenal sebagai pusat pelacuran tidaklah begitu parah dengan
masalah HIV, hanya 1.2 %.3
Ada beberapa teori
yang telah diusulkan untuk menerangkan perbezaan ini. Pertama, system seksual
Afrika yang unik. Kedua, masalah kelemahan immune
system yang serius dan ketiga, concurrency
theory. Hanya teori ketiga yang diterangkan dibawah kerana mungkin lebih
relevan dengan situasi di tanah air.
Concurrent theory
Concurrency theory
– mempunyai ramai pasangan pada jangka
masa panjang pada masa yang sama.
Untuk lebih memahami teori ini mari kita lihat hasil kajian yang dilakukan di
Uganda dan US pada awal 90-an. Didapati bahawa
25 % penduduk di kedua-dua negara tersebut mengakui mempunyai > 10
pasangan seksual. Walaupun kedua-dua negara mempunyai bilangan pasangan seksual
yang sama, namun kesamaan ini tidak direfleksikan melalui prevalence. Prevalence di
Uganda pada pertengahan 90-an mencapai 18 % namun di US tidak melebihi 1 %.
Manakala di Thailand walapun hampir 65 % lelaki mengaku mempunyai >10
pasangan seksual, prevalence tidak
melebihi 2 %.
Kunci perbezaan antara Uganda dan Thailand/US adalah sikap individu
di Uganda terhadap hubungan seksual. Perlu diketahui bahawa kebarangkalian untuk
seorang individu menjangkitkan HIV dalam satu
hubungan seks kepada individu yang lain sebenarnya adalah agak rendah iaitu
antara 1 dalam 100 hingga 1000. Di Thailand kebanyakan lelaki hanya mempunyai
satu hubungan jangka masa panjang – iaitu dengan isteri. Walaupun lelaki di
Thailand selalu melanggani pelacur, dalam purata 5 kali setiap tahun, namun
jarang sekali mereka melanggani pelacur yang sama lebih daripada sekali. Maka
ditakdirkan lelaki tersebut melanggan pelacur HIV positif, kebarangkalian dia
mendapat HIV hanyalah 0.001 - 0.01 %*
Tetapi individu di Uganda aktif dalam hubungan seksual
dengan ramai pasangan jangka masa
panjang (contoh: lelaki mempunyai
seorang isteri dan 3 kekasih rahsia, dan kekasih rahsia mungkin berhubungan
dengan ramai lagi lelaki lain) pada masa
yang sama. Hubungan jangka masa panjang bermakna lebih banyak pertemuan seks dengan pasangan yang sama dan ini membawa
kepada risiko penyebaran HIV yang lebih tinggi. Lebih-lebih lagi apabila risiko
menjangkitkan HIV adalah paling tinggi pada peringkat awal jangkitan.
Lain pula di US, walaupun mereka juga juga mempunyai ramai
pasangan, tapi hubungan jangka masa panjang dengan pasangan itu adalah sequentially, mengikut urutan. Maka
sekiranya seseorang itu dijangkiti, dia hanya akan menjangkitkan kepada seorang
pasangannya itu sahaja. Virus itu hanya berkitar diantara mereka berdua dan
keluar menjangkitkan individu lain apabila mereka mencari pasangan baru selepas
hubungan mereka berakhir.
Situasi di tanah air?
Pada tahun 2011 dianggarkan terdapat seramai 81000 individu
HIV positif di Malaysia. Sejak dari 1986, AIDS telah mengorban seramai hampir
15000 orang pesakit. Perkongsian jarum suntikan merupakan kunci utama dalam
merebaknya HIV pada awal epidemik, bertanggungjawab untuk 70 – 80 % kes baru
HIV. Namun pada 2011, hanya 38 % dikaitkan dengan penggunaan jarum suntikan
menunjukkan hubungan seksual kini telah menjadi medium utama penyebaran. Lelaki
merupakan majoriti utama pesakit tapi telah menunjukkan trend menurun sejak
2003. Sebaliknya wanita pula menunjukkan trend menaik, malah dianggarkan wanita
merangkumi 21 % kes baru HIV pada 2011 berbanding dengan hanya 4 % pada 1996.4,
5
Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bilangan
anak luar nikah bagi tahun 2008 – 2010 yang direkodkan ialah seramai 152,182 orang.6
Sebagai sebuah negara majoriti Islam, ini adalah satu fakta yang
memalukan, lebih-lebih lagi apabila Melayu yang menjadi juara dalam masalah
sebegini. Pekerja seks wanita, transgender, dan lelaki homo/bi-sexual serta
anak-anak muda adalah golongan berisiko tinggi dalam penyebaran HIV dan
sepatutnya menjadi fokus utama dalam program mengatasi HIV.
Kesimpulan
Terdapat banyak lagi faktor yang menyebabkan merebaknya HIV
di Afrika secara berleluasa – polisi dan usaha kerajaan, sistem perubatan
tempatan, masalah sosial, sikap dan pengetahuan masyarakat, serta pelbagai lagi
– dan concurrent theory menerangkan bagaimana sikap populasi dari sudut
hubungan seksual mampu menenatkan lagi situasi HIV di sesebuah negara. Teori
ini juga boleh digunakan untuk menerangkan peningkatan kes HIV di kalangan para
isteri di Malaysia (hubungan jangka masa panjang) apabila mempunyai suami yang bermasalah.
Wallahualam
*Hanya
anggaran yang boleh jadi lebih tinggi, bergantung pada pelbagai faktor lain
seperti viral load, circumcision, jenis hubungan
(homo/hetero), samada jangkitan dari
lelaki ke perempuan atau sebaliknya, concomitant
STD dan pelbagai lagi.
Rujukan
1. Global Health Observatory HIV/AIDS http://www.who.int/gho/hiv/en/
2. Why is AIDS Worse in Africa? http://discovermagazine.com/2004/feb/why-aids-worse-in-africa#.UkmC5FOzvSg
3. Data on the size of the HIV/AIDS
epidemic: Prevalence of HIV among adults aged 15 to 49 (%) by country http://apps.who.int/gho/data/node.main.622
4. Fact Sheet: HIV and AIDS in Malaysia http://www.ias2013.org/WebContent/File/HIV_AIDS_Malaysia_Fact_Sheet_November_2012.pdf
5. HIV and AIDS in Malaysia http://www.unicef.org/malaysia/Factsheet-Overview-AIDS-Response-Malaysia.pdf
6. 152,182 orang anak luar nikah
2008-2010 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1116&sec=parlimen&pg=pa_03.htm
Monday, July 8, 2013
disconnect to reconnect for Ramdhan :)
Aina kelihatan sugul dan tak bermaya. Dia termakan makanan basi, lalu bertanya
"Apa ye ubat kalau tersalah makan, tadi termakan makanan basi pagi tadi :( ", suaranya sedikit lemah.
Berfikir mencari jawapan yang persis dan jitu, "muntah tu ubat la tu, aku cuba memujuk kerana baru tadi si Aina mengadu yang dia muntah-muntah, dan kurang senang dengan muntah." tersenyum
Benar, Allah itu lebih dari tahu tentang setiap ciptaanNya. Dia tahu serba serbi, dari cara untuk memusnahkan, mencantikkan, membaikpulih, mematikan dan menghidupkan makhluk serta ciptaanNya.
Takjub sekali, kerana itu jika mengalami luka, kawasan luka akan kemerahan, berair, panas, bagi menyah-buang virus-virus yang cuba menyerang masuk.
Bila badan dijangkiti kuman, hidung terkena bendasing- mekanisma badan akan bertindak balas DEMAM, BATUK, BERSIN. untuk membuang virus-virus luar. -itulah yang dinamakan SISTEM IMUNITI badan.
SUBHANALLAH.
itu perihal jasad yang kita nampak. Untuk ketahanan iman, sistem imuniti yang dimaksudkan ialah TAQWA . Sesorang yang takut kepada Allah akan sentiasa berhati-hati supaya tidak melakukan perkara haram.
TAQWA mengalang badan, hati dan roh dari perkara selain Allah, menahan diri dari melakukan perkara haram dan sia-sia.
Taqwa membantu mengekalkan IMAN dan ISLAM dalam keadaan baik, sebagai mana sistem imuniti mengekalkan badan yang sihat dari penyakit.
bagaimana kita memperoleh TAQWA? tentu sekali dengan berpuasa. tapi bukan..Puasa yang sekadar melepas batoh di tangga, ia adalah puasa yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh, menjaga serba serbi anggota, Mata, mulut, tangan termasuk HATI :)
Malam Al Qadr
dan Allah yang Maha Pengasih, menjadikan untuk kita Bulan Ramadhan. Di dalamnya pahala digandakan sebanyak-banyaknya. Bulan ini merupakan bulan yang di hadiah kan untuk umat Muhammad SAW. Kerana jangka hayat kita yang disebut Nabi SAW sekitar 60-70 tahun, lalu di berikan kepada kita Malam Al Qadar, yang bersamaan dengan seribu bulan = 83 tahun.
Jika dapat menghidupkan malam ini, ganjarannya mashaAllah haibat!!. Tak tentu lagi kita dapat hidup selama itu.
DISCONNECT TO RECONNECT
Terlalu berlebihan dalam perkara yang baik juga boleh menjadi sesuatu yang memudaratkan. Ya internet itu baik, sumber untuk ilmu, sumber berita semasa, boleh akses tazkirah percuma. Tapi syaitan yang licik tahu kelemahan kita dan dia tahu memperdayakan kita.
Adam AS telah menikmati syurga, merupakan seindah-indah tempat, dan kalau logik akal kita tentukan pelik jika ada manusia yang sanggup melakukan sesuatu hingga terkeluar dari syurga. Tapi disitulah si licik syaitan, meghasut nabi Adam AS untuk memakan buah khuldi supaya dapat mengekalkan mereka di dalam Syurga kerana itulah yang diinginkan sesiapa pun yang telah merasa syurga, termasuk nabi Adam AS yang kita sayangi :).
Pernahkah kita merasa letih? tazkirah di You tube tidak lagi 'menyegat'? Boleh jadi kerana terlalu lama kita di internet. Seorang yang alim pernah menceritakan, pop-up, suggestion video, gambar-gambar ad ditepi secara tanpa sedar, dapat 'mengurangkan' keberkesanan 'tazkirah-tazkirah' atau perkara yang baik yang berada di internet.
Itu belum sebut lagi dengan website kotor, dan masa yang kita luangkan yang terlalu banyak hingga terjejas kualiti hidup kita. Ia menjejaskan produktiviti, memutuskan silaturrahim dan komunikasi realiti, menjadikan kita hidup dalam dunia maya, yelah sekejap di sini, sekejap disana. Internet yang berlebihan juga 'mencuri' masa kita untuk membentuk diri secara sempurna. Ilmu di internet, kita kutip di sana dan sini, menjadikan kita tahu sesuatu secara 'surface' dan bukan secara keseluruhan.
Marilah, saya menyeru diri saya dan yang lain. At least for this Ramadhan, dan kemudian kita kan secara automatik sedar, banyak lagi perkara produktif yang kita boleh buat.
1) kurangkan masa online-kita disconnect to reconnect
2) reconnect dengan Allah pencipta kita
3) reconnect dengan keluarga kita serta sahabat kita.
Bukan suruh disconnect langsung, di akui, jika kita merancang aktiviti kita di internet, tentu sekali ia boleh membentuk diri kita dengan baik juga :) inshaAllah.
Celakalah mereka
Siapa yang dikatakan celaka tu? Siapa yang nabi kata rugi tu?
1) Mereka yang disebutkan nama nabi Muhammad SAW kepadanya, lalu dia tidak berselawat
2) Mereka yang melalui ramadhan, lalu tidak diampunkan dosanya
3) Mereka yang punya ibu-dan bapa yang masih hidup, lalu dia tak dapat masuk kedalam syurga.
Moga kita betul betul berazam, dan meminta Allah mengurniakan kita istiqamah sepanjang bulan Ramadhan ini, dan seterusnya sepanjang tahun, untuk terus menerus menjadi hamba Allah yang paling Allah sayangi :')
dan semoga kita suci daripada dosa-dosa kita yang banyak itu, dan inshaAllah moga Allah membina untuk kita SISTEM IMUN-daya tahan daripada dosa dan maksiat ==> TAQWA
p.s: pahala digandakan bulan Ramadhan ini, lalu jangan kita cemari dengan dosa pada bulan yang mulia ni, orang panggil biadap! and last but not least, eat moderately!!~
"Apa ye ubat kalau tersalah makan, tadi termakan makanan basi pagi tadi :( ", suaranya sedikit lemah.
Berfikir mencari jawapan yang persis dan jitu, "muntah tu ubat la tu, aku cuba memujuk kerana baru tadi si Aina mengadu yang dia muntah-muntah, dan kurang senang dengan muntah." tersenyum
Benar, Allah itu lebih dari tahu tentang setiap ciptaanNya. Dia tahu serba serbi, dari cara untuk memusnahkan, mencantikkan, membaikpulih, mematikan dan menghidupkan makhluk serta ciptaanNya.
Takjub sekali, kerana itu jika mengalami luka, kawasan luka akan kemerahan, berair, panas, bagi menyah-buang virus-virus yang cuba menyerang masuk.
Bila badan dijangkiti kuman, hidung terkena bendasing- mekanisma badan akan bertindak balas DEMAM, BATUK, BERSIN. untuk membuang virus-virus luar. -itulah yang dinamakan SISTEM IMUNITI badan.
itu perihal jasad yang kita nampak. Untuk ketahanan iman, sistem imuniti yang dimaksudkan ialah TAQWA . Sesorang yang takut kepada Allah akan sentiasa berhati-hati supaya tidak melakukan perkara haram.
TAQWA mengalang badan, hati dan roh dari perkara selain Allah, menahan diri dari melakukan perkara haram dan sia-sia.
Taqwa membantu mengekalkan IMAN dan ISLAM dalam keadaan baik, sebagai mana sistem imuniti mengekalkan badan yang sihat dari penyakit.
bagaimana kita memperoleh TAQWA? tentu sekali dengan berpuasa. tapi bukan..Puasa yang sekadar melepas batoh di tangga, ia adalah puasa yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh, menjaga serba serbi anggota, Mata, mulut, tangan termasuk HATI :)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)
dan Allah yang Maha Pengasih, menjadikan untuk kita Bulan Ramadhan. Di dalamnya pahala digandakan sebanyak-banyaknya. Bulan ini merupakan bulan yang di hadiah kan untuk umat Muhammad SAW. Kerana jangka hayat kita yang disebut Nabi SAW sekitar 60-70 tahun, lalu di berikan kepada kita Malam Al Qadar, yang bersamaan dengan seribu bulan = 83 tahun.
Jika dapat menghidupkan malam ini, ganjarannya mashaAllah haibat!!. Tak tentu lagi kita dapat hidup selama itu.
DISCONNECT TO RECONNECT
Terlalu berlebihan dalam perkara yang baik juga boleh menjadi sesuatu yang memudaratkan. Ya internet itu baik, sumber untuk ilmu, sumber berita semasa, boleh akses tazkirah percuma. Tapi syaitan yang licik tahu kelemahan kita dan dia tahu memperdayakan kita.
Pernahkah kita merasa letih? tazkirah di You tube tidak lagi 'menyegat'? Boleh jadi kerana terlalu lama kita di internet. Seorang yang alim pernah menceritakan, pop-up, suggestion video, gambar-gambar ad ditepi secara tanpa sedar, dapat 'mengurangkan' keberkesanan 'tazkirah-tazkirah' atau perkara yang baik yang berada di internet.
Itu belum sebut lagi dengan website kotor, dan masa yang kita luangkan yang terlalu banyak hingga terjejas kualiti hidup kita. Ia menjejaskan produktiviti, memutuskan silaturrahim dan komunikasi realiti, menjadikan kita hidup dalam dunia maya, yelah sekejap di sini, sekejap disana. Internet yang berlebihan juga 'mencuri' masa kita untuk membentuk diri secara sempurna. Ilmu di internet, kita kutip di sana dan sini, menjadikan kita tahu sesuatu secara 'surface' dan bukan secara keseluruhan.
Marilah, saya menyeru diri saya dan yang lain. At least for this Ramadhan, dan kemudian kita kan secara automatik sedar, banyak lagi perkara produktif yang kita boleh buat.
1) kurangkan masa online-kita disconnect to reconnect
2) reconnect dengan Allah pencipta kita
3) reconnect dengan keluarga kita serta sahabat kita.
Bukan suruh disconnect langsung, di akui, jika kita merancang aktiviti kita di internet, tentu sekali ia boleh membentuk diri kita dengan baik juga :) inshaAllah.
Celakalah mereka
Siapa yang dikatakan celaka tu? Siapa yang nabi kata rugi tu?
1) Mereka yang disebutkan nama nabi Muhammad SAW kepadanya, lalu dia tidak berselawat
2) Mereka yang melalui ramadhan, lalu tidak diampunkan dosanya
3) Mereka yang punya ibu-dan bapa yang masih hidup, lalu dia tak dapat masuk kedalam syurga.
Moga kita betul betul berazam, dan meminta Allah mengurniakan kita istiqamah sepanjang bulan Ramadhan ini, dan seterusnya sepanjang tahun, untuk terus menerus menjadi hamba Allah yang paling Allah sayangi :')
dan semoga kita suci daripada dosa-dosa kita yang banyak itu, dan inshaAllah moga Allah membina untuk kita SISTEM IMUN-daya tahan daripada dosa dan maksiat ==> TAQWA
p.s: pahala digandakan bulan Ramadhan ini, lalu jangan kita cemari dengan dosa pada bulan yang mulia ni, orang panggil biadap! and last but not least, eat moderately!!~
RAMADHAN KAREEM
Friday, May 17, 2013
aku terbaik kot..
mendengar dan membaca tulisan mereka yang 10 tahun lebih muda dariku,
aku tersenyum sinis, merasa itulah aku 10 tahun yang dulu,
tergopoh gapah, bersemangat waja, berkata sesuka rasa.
melihat diriku sekarang menutup aurat, menunaikan yang wajib, tidak tinggal yang sunat, hafal sepotong dua ayat quran,
seperti telah menjadi baik dari sebelumnya membuatkan aku menghela nafas lega, uh 'alhamdulillah, ucapku di dalam hati', sambil aku melihat gelagat manusia di dalam trem.
stesen yang dituju agak jauh, mengambil masa kira-kira 30 minit lagi. MP3 kesayanganku ditekan, cuba mencari tajuk ceramah yang berkenan dihati. "antara pahala dan maksiat'. Isi ceramah itu mengingatkan aku yang
"SEDIH kerana DOSA itu, kadang kala lebih baik, dari SUKA kita terhadap amal soleh kita"
Fikiran ku menerawang teringat kepada ulasan ustaz Hasrizal yang pernah dibaca tentang watak Novel Ayat-Ayat Cinta. Antara ibrah yang menarik perhatian aku ialah, dijadikan hero yang digambarkan sempurna, merasa dirinya terbaik, di sanjung dan dipuji masyarakat, menjadi idaman gadis sezamannya- hero ini telah terkena fitnah zina, lalu dihukum dan dipenjarakan.
pada amatan si hero, beliau tidak layak di hina sebegitu, beliau terlalu taat kepada agama, apakah dosanya hingga dihina sebegitu.
Kadangkala, mereka yang taat selalu terkena penyakit "budget bagus, aku baik" akhirnya terperangkap dalam jerat syaitan. Si taat kepada agama, boleh terkene sifat Ujub. merasa dirinya baik. Merasa dia tidak layak untuk dihina, tidak boleh ada kekuarangan atau keaiban.
Allahu rabi, berhati hatilah si taat, kerana sifat ujub itu membakar amalan yang lalu. membakar hangus seperti dijilat api. Merasa diri baik itu tak akan menjadikan diri lebih baik, menyebabkan diri statik, tidak membaiki diri. Berbanding yang selalu merasa diri hina dalam dosa, mereka selalu sedar akan ruang perubahan untuk menjadi hamba lebih baik. Perasaan sedih ketika melakukan dosa itu juga sebenarnya merupakan tanda dalam hatinya ada iman.
Namun, jangan terus terjerat dalam perangkap syaitan sekali lagi! Jangan remehkan hal dosa, kita juga perlu sentiasa berusaha keluar dari kancah dosa dan maksiat tersebut,kerana kesan dosa itu sukar sekali dipadam! Biarpun Allah Mahapengampun tentu sekali menerima taubat, kesan dosa itu kadangkala menyakitkan. Dan juga kerana kedudukan seorang yang taat yang ikhlas, yang dapat mengawal dirinya dari ujub, mampu mendekatkan diri kepada Allah, kedudukannya disisi Allah itu lebih tinggi. inshaAllah.
Penyelesaian dan resolusi
Berdoa diberi keikhlasan hati dan berlindung diri dari syaitan
Sentiasa ada khauf dan raja' -takut dan harap, (takut amalannya ditolak dan harap agar amalan nya diterima)
Sentiasa membaca kisah para nabi, dan orang-orang soleh, para ulama' yang berpengalaman.
Bergaul dan lihat serta amati cara mereka, mereka jauh lebih baik dari kamu.
walau golongan tua itu kelihatan lemah kudrat mereka,
lambat tutur kata mereka,
tapi si muda ini selalu gopoh dan kasar,
terlalu banyak pelajaran hidup yang perlu kita pelajari. terutamanya daripada si tua yang telah lama melalui tarbiyah, mereka sudah berkecimpung dengan amali, sedang simuda tertipu dengan teori yang ditalaqi
namun tidak disempitkan, kadangkala kita juga boleh mempelajari sesuatu daripada sesiapa tidak kira umur dan rupa. kerana kedudukan disisi Allah itu nilaiannya TAQWA.
Selamat membaiki diri semua :) salam jumaat
Subscribe to:
Posts (Atom)