Pakat Mai Singgah Jom!!
Saturday, May 29, 2010
Thursday, May 27, 2010
Aku tak mahu jadi Si Melukut yang di Tepi Gantang itu...
"Mat (bukan nama sebenar), aku rasa hidup aku ni macam takde makne je, macam bumi ni tak rugi pun takde aku"
Mat menjawab "Oh, macam peribahasa tu.. bagai melukut ditepi gantang kan.??." senyum Mat melebar..
(dalam hati Mat berbunga kerana berjaya mengeluarkan peribahasa tu, apa taknya... cogan hidup Mat : Bahasa Jiwa Bangsa !)
Sedangkan kawannya terkulat kulat layu memikirkan dirinya yang tak memberi manfaat pada manusia lain.
Kita macam mana?
Mari kita lihat hidup manusia agung yang kita sanjung, hidup baginda setiap saatnya memberi manfaat kepada yang lain, menyenangkan yang lain, hidupnya lahirnya membawa Rahmat keseluruh alam.* * * * * * *
Masyarakat Arab (bandar) dahulunya berusaha memperoleh penyusu penyusu anak mereka daripada kawasan pedalaman supaya dapat
- mencegah dari penyakit-penyakit yang terdapat di bandar,
- di samping menguatkan pembinaan jasad anak-anak,
- mengemaskan otot-otot,
- malah ianya juga sebagai cara untuk membantu lisan bahasa Arab dengan bahasa yang baik sejak dalam buaian lagi.
Dengan itu, Abdul Mutalib menyerahkan baginda kepada Bani Sa'ad bin Bakr, iaitu Halimah binti Abi Zuaib
Siapa lagi yang pernah meyusu dengan Bani Sa'ad? Sepupunya, Abu Sufian Ibn al-Harith bin Abdul Mutalib dan bapa saudaranya Hamzah bin Abdul Mutalib.
Telah diriwayatkan, Halimah keluar bersama suaminya mencari anak susuan, menaiki keldai, semua dilakukan untuk memberi makan kepada anak-anaknya yang di kala malamnya menangis kelaparan, hingga bengkak kaki keldai tunggangannya, Qamra.
Tiada siapa yang mahu menyusukan Rasulullah, kerana baginda anak yatim, tiada ganjaran pun bakal diperoleh daripada menyusu baginda.
Akhirnya Halimatun dengan relanya mengambil Rasullullah sebagai anak susuan. Kata suaminya kepada Halimatun Saadiah..
"tidak mengapalah untuk kau berbuat demikian, semoga
Allah jua akan memberikan kita keberkatan kerananya"
Sepanjang nabi menyusu dengan Halimatun Sa'adiah, banyak kebaikan yang keluarga ini peroleh, banyak keberkatan baginda dapat dilihat oleh Bani Sa'ad ini,
....Susu didada Halimatun Saadiah penuh, cukup untuk memberi makan kepada anak anaknya, ternakan mereka juga sarat dengan susu, ternakan mereka mampu menempuh perjalanan merentasi dan menyaingi ternakan orang lain, susunya diperah dan diberi kepada yang lain, hidup mereka serba serbi lengkap dan bahagia setelah kedatangan baginda....
baginda tinggal bersama keluarga Bani Saad sehingga umurnya 4-5 tahun sehingga peristiwa pembedahan dada baginda saw.
p.s: apa sumbangan aku hari ini?
Rujukan : Seerah Nabawiyah, Al Raheeq al Makhtum
Labels:
sirah
Friday, May 21, 2010
Pakaian lelaki Islam
Pelik ke tajuk ni? Selalunya orang cakap pasal pakaian wanita, jarang orang berbincang soal pakaian warga Adam.. Maklumla, aurat mereka tidaklah seberat kaum Hawa.
Ana tertarik dengan salah satu adab/batas pakaian lelaki Muslim yang dipetik daripada buku Fikah Luar Negara (oleh Maszlee Malik dan Hamidah Mat) iaitu pakaian tersebut tidak menjatuhkan maruah si pemakai.
Ana tertarik dengan salah satu adab/batas pakaian lelaki Muslim yang dipetik daripada buku Fikah Luar Negara (oleh Maszlee Malik dan Hamidah Mat) iaitu pakaian tersebut tidak menjatuhkan maruah si pemakai.
Antara contoh pakaian yang dikatakan boleh menjejaskan maruah adalah:
- Orang tua yang berpakaian hip hop.
- Memakai pakaian yang terkoyak sana-sini
- Orang tua yang berseluar hijau muda.
- Memakai kain sarung separas tuala sepeti ceti.
- Pakaian yang mempunyai imej memalukan.
- Pakaian yang hanya layak dipakai oleh orang bukan Islam seperti pakaian berlambang jenama arak dll
"Antara keelokan muslim, adalah dia meninggalkan (tidak melakukan) perkara yang tidak layak bagi dirinya"
(Abu Daud dan Tarmizi)
Saturday, May 15, 2010
Memahami untuk difahami
Bismillahirrahmanirrahim
Ghairah
Kita sering ghairah untuk melakukan sesuatu dan mengajak manusia lain untuk melakukan perkara yang sama. Memang benar, kita memandang sesuatu itu baik, maka, kita teringin untuk mereka yang lain turut sama merasai apa yang kita rasa. Bukankah sharing is caring?
Memahami untuk difahami
Namun begitu, tak semestinya apa yang kita inginkan akan tercapai. Tidak semua orang melihat seperti mana kita lihat. Tidak semua orang rasa seperti mana kita rasa. Tidak semua orang memahami seperti mana kita faham.
Amat penting bagi saya, sebelum kita mengajak orang lain memahami dan mengerti apa yang kita faham, kita mestilah berusaha untuk memahami mereka yang lain itu terlebih dahulu. Dan untuk memahami orang lain, tidak lain dan tidak bukan, kita melalui sendiri apa yang mereka rasai atau kita cuba meletakkan diri kita dalam situasi mereka. People say, ' Put yourselves in their shoes'. Kita sering terlupa yang kadang-kala kita pernah melalui apa yang kini mereka lalui, maka kita terlupa perasaan itu.
Sabar dan berharap
Oleh yang demikian, sabar itu amat penting. Sabar untuk memahami. Sabar dalam setiap perkara. Sifat ini amat penting bagi mengelakkan kita daripada bersikap gelojoh malahan berasa putus asa. Proses memberi kefahaman kepada orang lain amatlah panjang dan penuh ranjau. Selain itu, kita jangan sesekali berhenti berharap. Harapan akan turut lenyap apabila kita berhenti untuk berharap. Teruskan berdoa semoga kita sentiasa dalam kebaikan dan istiqomah melakukan amal soleh.
Wassalam.
p/s: mungkin boleh diaplikasikan dalam pelbagai perkara dalam kehidupan seharian kita
Thursday, May 6, 2010
Sejauh mana ilmu kita?
Terasa cemburu dan malu melihat kanak-kanak ini begitu yakin menjawab soalan-soalan berkaitan Islam. Terus terang, jika ana yang disoal, belum tentu ana berupaya menjawab semuanya. Ilmu yang sedia ada sekarang, belum mampu menandingi kehebatan anak-anak ini. Baru berusia 2 dan 4 tahun, sudah mengenal Allah, Rasul dan Sahabiyah. Subhanallah, memang hebat tarbiyah yang diterima mereka. Beginilah jiwa kanak-kanak yang dibesarkan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Ana tak dapat membayangkan sejauh mana ilmu kanak-kanak ini nanti tatkala mereka berusia 20 tahun. Mungkin sudah sehebat Ibnu Sina atau Al-Khawarizmi barangkali. wallahua'lam... Malu sungguh rasanya tatkala ana mendengar beberapa nama-nama yang mereka sebutkan.
Video ini dapat memberi sedikit kekuatan bagi kita sama-sama lebih mendalami ilmu agama. Mungkin kita sudah terlepas zaman-zaman kanak-kanak untuk dijadikan sehebat ini, tetapi kita semua masih punya kesempatan memperbaiki diri dan ruang waktu yang masih lapang untuk mengenal Allah, Rasul dan Islam. Bagaimana kita akan cintakan Rasul kalau tidak mengenal sirah Baginda? Bagaimana kita akan menghargai agama Islam jika tidak kenal pendokong-pendokongnya?
Lakukanlah sesuatu untuk memperbaiki iman kita. Membenarkan IMAN adalah dengan AMAL, mensahihkan AMAL ialah dengan ILMU.
Sekadar renungan bersama....
Video ini dapat memberi sedikit kekuatan bagi kita sama-sama lebih mendalami ilmu agama. Mungkin kita sudah terlepas zaman-zaman kanak-kanak untuk dijadikan sehebat ini, tetapi kita semua masih punya kesempatan memperbaiki diri dan ruang waktu yang masih lapang untuk mengenal Allah, Rasul dan Islam. Bagaimana kita akan cintakan Rasul kalau tidak mengenal sirah Baginda? Bagaimana kita akan menghargai agama Islam jika tidak kenal pendokong-pendokongnya?
Lakukanlah sesuatu untuk memperbaiki iman kita. Membenarkan IMAN adalah dengan AMAL, mensahihkan AMAL ialah dengan ILMU.
Sekadar renungan bersama....
Monday, May 3, 2010
Cukup lah Zikrul Maut sebagai motivasi
"Mungkin kamu belum betul-betul letak cinta kamu pada Allah lebih dari segalanya la tu..masih ada dunia dalam hati kamu.."
Benar. Benar. Benar.
Wahai diri...
Bila saat sedih menjerat diri, habis segala macam ikhtiar dilakukan manusia. Bila difikir fikir kan punca sedih, seringkali dunia menjadi assebabnya, masalah akademik, masalah kewangan, masalah cinta manusia, masalah kawan, serabut fikiran akibat terlalu larut dengan dunia.
Wahai diri..
Muhasabah dan berfikir sejenak, cuba renung dalam dalam, dunia ini tidak langsung berharga untuk kamu tangisi. Fikirkan akhiratmu, fikirkan bagaimana saat Si Izrail datang memutuskan pancaindera nampak dan pancaindera dengar kamu nanti.
Apakah saat itu aku sedang ketawa berdekah dekah bergossip tentang pelakon Korea terlaris mellenium ini?
Atau aku sedang bermalas malasan menunggu mood study datang kembali?
Atau aku sedang menonton filem filem barat yang melalaikan?
Atau bagi si pemain bola sepak, sedang beraksi tanpa menghiraukan aurat atau waktu solat? Atau lebih sedih, adakah aku si ahli maksiat yang tidak peduli haram halal...?
Wahai diri...
Nah..bandingkan kematian macam mana kamu inginkan..
Wahai diri....
cukuplah... manfaatkanlah masa mu
cukuplah.. ingatlah saat kematian mu
Cukuplah... kembalilah kepada Rab yang mencipta mu.
Wahai diri, sekarang kau sedar bahawa..
"Perbanyakkanlah mengingati mati, nescaya akan meremehkan berbagai kelazatan ."
(An Nasai, Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Wahai diri..ingatlah tempat mu diakhirat kelak
p/s: mai ramai2 singgah warung cappucino kami :)
Labels:
motivasi
Sunday, May 2, 2010
Love Him, do we?
Bismillahirrahmanirrahim..
Apa khabar iman hari ini? Sihat dan makin gemuk tak?
Kalau sihat, bagus..bagus..hohoho..Kita sihatkan lagi dari sehari ke sehari ya teman-teman!
Hari ini, saya suka nak kongsi satu video. Syok dan best bagi saya. Saya jumpa kat facebook orang (btw, i am not a stalker tau..usha sikit-sikit je profile orang sudeyh..hehe)
Love Him, do we?
Video ini sungguh menyentuh hati saya. Saya terfikir, adakah saya benar-benar cinta pada Rasulullah? Apakah bukti kecintaan saya pada Rasulullah? Adakah amalan saya selama ini akan membolehkan saya bersama baginda kelak? Meski hati kata cinta dan rindu, tapi jasad tidak bergerak seiringan. Untuk bersama dengan Rasulullah yang mulia lagi hebat di syurga kelak, kita tiada pilihan lain, melainkan untuk menjadi orang yang hebat juga (Qoute from someone)
Jadi, apa tunggu lagi, ayuh bersamaku, kita berusaha untuk mencapai cita-cita ini. Kita tingkatkan amalan bersama dan semoga kita terus istiqomah sehingga ke akhir hayat. Insya Allah.
Wassalam.
p/s: Doakan saya dan teman-teman. Kami teringin untuk pergi ke Mekah dan Madinah (dalam usaha). Pergi Madinah, boleh ziarah makam baginda juga. Insya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)