Social Icons

Friday, May 21, 2010

Pakaian lelaki Islam

Pelik ke tajuk ni? Selalunya orang cakap pasal pakaian wanita, jarang orang berbincang soal pakaian warga Adam.. Maklumla, aurat mereka tidaklah seberat kaum Hawa.

Ana tertarik dengan salah satu adab/batas pakaian lelaki Muslim yang dipetik daripada buku Fikah Luar Negara (oleh Maszlee Malik dan Hamidah Mat) iaitu pakaian tersebut tidak menjatuhkan maruah si pemakai.

Antara contoh pakaian yang dikatakan boleh menjejaskan maruah adalah:

  1. Orang tua yang berpakaian hip hop.
  2. Memakai pakaian yang terkoyak sana-sini
  3. Orang tua yang berseluar hijau muda.
  4. Memakai kain sarung separas tuala sepeti ceti.
  5. Pakaian yang mempunyai imej memalukan.
  6. Pakaian yang hanya layak dipakai oleh orang bukan Islam seperti pakaian berlambang jenama arak dll

"Antara keelokan muslim, adalah dia meninggalkan (tidak melakukan) perkara yang tidak layak bagi dirinya"
(Abu Daud dan Tarmizi)



Anda berani?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...