Social Icons

Saturday, May 15, 2010

Memahami untuk difahami

Bismillahirrahmanirrahim



Ghairah


Kita sering ghairah untuk melakukan sesuatu dan mengajak manusia lain untuk melakukan perkara yang sama. Memang benar, kita memandang sesuatu itu baik, maka, kita teringin untuk mereka yang lain turut sama merasai apa yang kita rasa. Bukankah sharing is caring?

Memahami untuk difahami



Namun begitu, tak semestinya apa yang kita inginkan akan tercapai. Tidak semua orang melihat seperti mana kita lihat. Tidak semua orang rasa seperti mana kita rasa. Tidak semua orang memahami seperti mana kita faham.

Amat penting bagi saya, sebelum kita mengajak orang lain memahami dan mengerti apa yang kita faham, kita mestilah berusaha untuk memahami mereka yang lain itu terlebih dahulu. Dan untuk memahami orang lain, tidak lain dan tidak bukan, kita melalui sendiri apa yang mereka rasai atau kita cuba meletakkan diri kita dalam situasi mereka. People say, ' Put yourselves in their shoes'. Kita sering terlupa yang kadang-kala kita pernah melalui apa yang kini mereka lalui, maka kita terlupa perasaan itu.




Sabar dan berharap


Oleh yang demikian, sabar itu amat penting. Sabar untuk memahami. Sabar dalam setiap perkara. Sifat ini amat penting bagi mengelakkan kita daripada bersikap gelojoh malahan berasa putus asa. Proses memberi kefahaman kepada orang lain amatlah panjang dan penuh ranjau. Selain itu, kita jangan sesekali berhenti berharap. Harapan akan turut lenyap apabila kita berhenti untuk berharap. Teruskan berdoa semoga kita sentiasa dalam kebaikan dan istiqomah melakukan amal soleh.

Wassalam.

p/s: mungkin boleh diaplikasikan dalam pelbagai perkara dalam kehidupan seharian kita

2 comments:

  1. tapi sometimes orang tu mmg tak nak berubah..bagi diaorang ape diaorang buat tu tak slh..cmne tu yeh?

    ReplyDelete
  2. Kalau diorg fikir apa yang diorang buat tu tak salah, menjadi tanggungjawab kita la untuk menyedarkan mereka yg benda tu salah.. Memang, kadang-kadang, manusia susah nk terima hakikat yang mereka berada di pihak yg tidak benar. Mungkin kerana kejahilan atau mungkin juga kerana ego. Kalau kerana mereka jahil (aka tak tahu), memang kasihan. Sebab tu salah satu cara nak mendapatkan kebenaran (hidayah) adalah dengan menuntut ilmu. Dengan ilmu lah manusia boleh menilai samada perkara yang dilakukan itu baik atau tidak.

    p/s:hidayah ni boleh dicari..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...