"Mat (bukan nama sebenar), aku rasa hidup aku ni macam takde makne je, macam bumi ni tak rugi pun takde aku"
Mat menjawab "Oh, macam peribahasa tu.. bagai melukut ditepi gantang kan.??." senyum Mat melebar..
(dalam hati Mat berbunga kerana berjaya mengeluarkan peribahasa tu, apa taknya... cogan hidup Mat : Bahasa Jiwa Bangsa !)
Sedangkan kawannya terkulat kulat layu memikirkan dirinya yang tak memberi manfaat pada manusia lain.
Kita macam mana?
Mari kita lihat hidup manusia agung yang kita sanjung, hidup baginda setiap saatnya memberi manfaat kepada yang lain, menyenangkan yang lain, hidupnya lahirnya membawa Rahmat keseluruh alam.* * * * * * *
Masyarakat Arab (bandar) dahulunya berusaha memperoleh penyusu penyusu anak mereka daripada kawasan pedalaman supaya dapat
- mencegah dari penyakit-penyakit yang terdapat di bandar,
- di samping menguatkan pembinaan jasad anak-anak,
- mengemaskan otot-otot,
- malah ianya juga sebagai cara untuk membantu lisan bahasa Arab dengan bahasa yang baik sejak dalam buaian lagi.
Dengan itu, Abdul Mutalib menyerahkan baginda kepada Bani Sa'ad bin Bakr, iaitu Halimah binti Abi Zuaib
Siapa lagi yang pernah meyusu dengan Bani Sa'ad? Sepupunya, Abu Sufian Ibn al-Harith bin Abdul Mutalib dan bapa saudaranya Hamzah bin Abdul Mutalib.
Telah diriwayatkan, Halimah keluar bersama suaminya mencari anak susuan, menaiki keldai, semua dilakukan untuk memberi makan kepada anak-anaknya yang di kala malamnya menangis kelaparan, hingga bengkak kaki keldai tunggangannya, Qamra.
Tiada siapa yang mahu menyusukan Rasulullah, kerana baginda anak yatim, tiada ganjaran pun bakal diperoleh daripada menyusu baginda.
Akhirnya Halimatun dengan relanya mengambil Rasullullah sebagai anak susuan. Kata suaminya kepada Halimatun Saadiah..
"tidak mengapalah untuk kau berbuat demikian, semoga
Allah jua akan memberikan kita keberkatan kerananya"
Sepanjang nabi menyusu dengan Halimatun Sa'adiah, banyak kebaikan yang keluarga ini peroleh, banyak keberkatan baginda dapat dilihat oleh Bani Sa'ad ini,
....Susu didada Halimatun Saadiah penuh, cukup untuk memberi makan kepada anak anaknya, ternakan mereka juga sarat dengan susu, ternakan mereka mampu menempuh perjalanan merentasi dan menyaingi ternakan orang lain, susunya diperah dan diberi kepada yang lain, hidup mereka serba serbi lengkap dan bahagia setelah kedatangan baginda....
baginda tinggal bersama keluarga Bani Saad sehingga umurnya 4-5 tahun sehingga peristiwa pembedahan dada baginda saw.
p.s: apa sumbangan aku hari ini?
Rujukan : Seerah Nabawiyah, Al Raheeq al Makhtum
No comments:
Post a Comment