Social Icons

Monday, May 3, 2010

Cukup lah Zikrul Maut sebagai motivasi


"..Sedih sangat nih, tak tahu nak buat ape lagi, bace quran dah, zikir sudah solat pun sudah, mengadu pada Allah pun dah.."

"Mungkin kamu belum betul-betul letak cinta kamu pada Allah lebih dari segalanya la tu..masih ada dunia dalam hati kamu.."

Benar. Benar. Benar.
Wahai diri...

Bila saat sedih menjerat diri, habis segala macam ikhtiar dilakukan manusia. Bila difikir fikir kan punca sedih, seringkali dunia menjadi assebabnya, masalah akademik, masalah kewangan, masalah cinta manusia, masalah kawan, serabut fikiran akibat terlalu larut dengan dunia.

Wahai diri..
Muhasabah dan berfikir sejenak, cuba renung dalam dalam, dunia ini tidak langsung berharga untuk kamu tangisi. Fikirkan akhiratmu, fikirkan bagaimana saat Si Izrail datang memutuskan pancaindera nampak dan pancaindera dengar kamu nanti.

Apakah saat itu aku sedang ketawa berdekah dekah bergossip tentang pelakon Korea terlaris mellenium ini?
Atau aku sedang bermalas malasan menunggu mood study datang kembali?
Atau aku sedang menonton filem filem barat yang melalaikan?
Atau bagi si pemain bola sepak, sedang beraksi tanpa menghiraukan aurat atau waktu solat? Atau lebih sedih, adakah aku si ahli maksiat yang tidak peduli haram halal...?

Wahai diri...
Nah..bandingkan kematian macam mana kamu inginkan..


Wahai diri....
cukuplah... manfaatkanlah masa mu
cukuplah.. ingatlah saat kematian mu
Cukuplah... kembalilah kepada Rab yang mencipta mu.

Wahai diri, sekarang kau sedar bahawa..
"Perbanyakkanlah mengingati mati, nescaya akan meremehkan berbagai kelazatan ."
(An Nasai, Ibnu Majah dari Abu Hurairah)


Wahai diri..ingatlah tempat mu diakhirat kelak

p/s: mai ramai2 singgah warung cappucino kami :)

3 comments:

  1. alangkah sayunya pabila mendengar lagu
    "menanti di barzakh". Sesayu memikirkan bahawa diri ini tidak pernah bersedia. Tika hati terlalu dekat dengan dunia, mampukah ia menyelami balasan akhirat??? Terfikir sejenak berapakah nilai zikir setiap kali lepas solat. adakah ia menghampiri satu atau serendah kosong atau mungkin mencapai angka negatif...

    ReplyDelete
  2. @Shafa: Allah lah sebaik baik penolong.
    @FC9 : "terfikir sejenak berapakah nilai zikir setiap kali lepas solat",,, benar, tertanya balik apakah aku cukup bersedia?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...