Rasulullah bermimpi memasuki baitulharam bersama para sahabat dalam keadaan aman, bercukur kepala..
Sebaik sahaja mimpi ini, maka rasulullah pun mengajak sahabat - sahabatnya sekali untuk turut sama menyertai baginda berangkat ke mekah.
Baginda berhajat untuk melakukan ibadah umrah di mekah, tambahan pula terasa rindu oleh baginda dan sahabat2 akan kampung halaman di mekah setelah 6 tahun berhijrah ke madinah.
Kaum muhajirin dan ansar juga ingin bersama menyertai rombongan ke mekah ini maka jumlah semuanya adalah 1500 orang kesemuanya..
Namun begitu Quraisy yang memang terkenal dengan sikap keras mereka ingin menghalang rombongan rasulullah ke mekah.
Ini dinyatakan oleh seorang lelaki yang dijumpai oleh rombongan semasa di satu tempat bernama Usfan.
Sedangkan baginda cuma membawa sebilah pedang kecil bersarung seperti kebiasaan orang arab di mana pedang kecil tersebut adalah kebiasaan bagi pengembara..
kemudian di Hudaibiyah, beberapa orang dari bani khuzaah datang menemui baginda dan bertanyakan apa tujuan baginda ke mekah dan baginda memberitahu mereka dtg hanya untuk berbuat umrah lalu bani khuzaah membritahu kepada Quraisy akan apa hajat sebenar baginda..
Quraisy kemudian menghantar Urwah bin Mas'ud at Thaqafi untuk berjmpa rasulullah dan kemudian rasulullah menghantar Usman bin Affan ke pihak quraisy
Usman lambat pulang dan tersebar berita usman dibunuh,para sahabat berbaiah dengan nabi di bawah pokok untuk berjuang samada berjaya atau syahid.
mendengarkan berita ini,kaum Quraisy telah gentar dn menghantar Suhail bin Amru untuk mengadakan perjanjian damai dinamakan Hudaibiyah
isi penting :
- gencatan senjata 10 tahun
- pulang ke madinah dan tahun depan baru kembali smula ke mekah
-mereka yg dr mekah ke madinah, mesti pulang semula ke mekah
-mereka dr madinah ke mekah, tidak perlu dipulangkan semula
Monday, November 29, 2010
Sunday, November 28, 2010
Buat apa malam2 tu? ^^
Salamalaykum sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian ^^
sihat? alhamdulillah..
Terbaca semalam dari buku Hadith 40, Bab Hadith Pertama bahagian Amal yang Ikhlas, muka surat 63 dan 64. Menarik, maka nak berkongsi ^^
Amal yang ikhlas ni ialah amal yang didasarkan kepada niat yang baik dan ikhlas, diterima Allah dan diberi ganjarannya.
Imam Nawawi (iaitu penulis buku Hadith 40 ini, Riyadus Salihin dan banyak lagi) telah berkata bahawa amal yang ikhlas ini ada tiga bahagian, iaitu:
- Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Amal ini dinamakan ibadat hamba.
- Amal yang dikerjakan kerana ingin mendapatkan syurga dan pahala. Amal ini dinamakan ibadat saudagar.
- Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan kerana dilaksanakan hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak. Amal ini dinamakan ibadat yang merdeka.
"Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur?"
hmmm.. maka tertanya2 dalam hati, adakah amal ibadat aku ikhlas? Takutkan aku kepada Allah? Adakah aku peduli dengan syurga dan pahala? Adakah aku reti bersyukur?
waaaa.. membimbangkan.. membingungkan..
aku nak menjadi hamba, nak berdagang dan tak lupa merdeka! insyaAllah.
jzkk kerana sudi membaca ^^
Monday, November 22, 2010
Allah sentiasa DEKAT
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Maksudnya: "Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): 'Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat (kepada mereka). Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (iaitu dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk." (Surah al-Baqarah 2:186) |
Allah, Tuhan yang Maha Kuasa, yang mencipta dan memiliki seluruh alam. Allahuakhbar, Dialah jua Allah yang Maha Besar, bebas dari segala kelemahan dan cacat cela, lagi tidak memerlukan sebarang pertolongan. Tetapi, Dialah juga Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat hamba-hambaNya yang beriman.
Allah tidak menjauh dari hamba-hamba-Nya bahkan Dia dekat, melainkan kitalah yang acapkali alpa, lalai sehinggakan hati kita jauh dari petunjuk-Nya. Namun, yang namanya manusia itu fitrahnya lemah, mudah terpedaya dan diperdayakan. Dan kerana kita lemah, kita mudah takut pabila digertak, dan langkah kita mudah tersadung, kemudian kita tersungkur bila mana ada halangan di pertengahan jalan. Tetapi, itulah fitrah kita, diciptakan lemah.
Maha suci Allah yang Maha Bijaksana, menciptakan hamba-hamba-Nya dengan fitrah yang lemah, supaya kita berdoa mencari pergantungan dengan-Nya, supaya kita berdoa sebagai usaha untuk dekat dan hampir dengan-Nya. Bukankah itu bukti Penyayangnya Dia.. Doa adalah kunci kekuatan kita, bahkan disebut juga sebagai senjata utama bagi orang-orang mukmin. Dengan doa yang diungkap dengan penuh keikhlasan , hati diberi peluang untuk merasai keasyikan dan kelazatan dapat 'hampir' kepada Allah. Yang lebih utama, adalah kehampiran Allah kepada kita,!
Justeru, tidak mengapalah jika doa kita dimakbulkan segera atau dijadikan khazanah untuk akhirat nanti atau ditukar menjadi sebab musibah dijauhkan.Semuanya itu untuk kebaikan kita, Dialah juga yang mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Maka, ayuhlah rijal-rijal sekalian kita memperbanyakkan doa disamping memperbaiki amalan supaya doa kita diterima. Semoga kita hampir kepada-Nya.
Sumber rujukan : Majalah Solusi, Isu : 18,m/s:65
Sunday, November 14, 2010
bersederhanalah..
ketika berkata kata,
jangan terlalu dikeraskan nadanya, sakit telinga orang lain mendengarnya jangan pula terlalu dilembutkan suaranya, meremang pula bulu roma orang yang berbicara dengannya
jangan terlalu dikeraskan nadanya, sakit telinga orang lain mendengarnya jangan pula terlalu dilembutkan suaranya, meremang pula bulu roma orang yang berbicara dengannya
dalam berkawan,
jangan terlalu taksub berdua, hingga ada yang lain terasa, kerana sesiapa pernah bersama Rasulullah tak pernah merasa dirinya tersisih, malahan mereka akan merasakan dirinyalah yang paling di sayangi Baginda.
jangan terlalu taksub berdua, hingga ada yang lain terasa, kerana sesiapa pernah bersama Rasulullah tak pernah merasa dirinya tersisih, malahan mereka akan merasakan dirinyalah yang paling di sayangi Baginda.
ketika berjalan,
janganlah terlalu laju, hingga tercungap cungap teman yang bersamanya, janganlah terlalu lambat sehingga pakcik 80-an tahun menang ber'marathon" dengannya.
janganlah terlalu laju, hingga tercungap cungap teman yang bersamanya, janganlah terlalu lambat sehingga pakcik 80-an tahun menang ber'marathon" dengannya.
ketika bergurau,
janganlah terlalu bebas berjenaka, sehingga lupa mungkin ada dusta dalam gurauan itu,
sehingga mungkin ada yang terasa dek gurauan itu.
ingat, Rasul Allah juga berjenaka, tapi semua gurau sendanya benar belaka.
janganlah terlalu bebas berjenaka, sehingga lupa mungkin ada dusta dalam gurauan itu,
sehingga mungkin ada yang terasa dek gurauan itu.
ingat, Rasul Allah juga berjenaka, tapi semua gurau sendanya benar belaka.
Dalam hidup,
jangan terlalu meletakkan dunia dalam hati, sehingga akhirat tak sebati dengan diri,
namun, jangan pula dibenci dunia ini, kerana ia ladang menuai hasil untuk ke akhirat nanti...
dalam beribadah sekalipun BERSEDERHANA ini penting,
jangan terlalu meletakkan dunia dalam hati, sehingga akhirat tak sebati dengan diri,
namun, jangan pula dibenci dunia ini, kerana ia ladang menuai hasil untuk ke akhirat nanti...
dalam beribadah sekalipun BERSEDERHANA ini penting,
Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah r.a;
Maksudnya:
"Bahawa Nabi SAW pernah masuk menemuinya, sedang di sisi Aisyah ada seorang wanita, lalu baginda bertanya: "Siapakah ini?" 'Aisyah menjawab: "Dia adalah seorang wanita yang menjaga solat (Tahajud) sepanjang malam". Baginda bersabda: "Ah.. hendaklah kamu mengerjakan ketaatan sesuai dengan kemampuan kamu, kerana demi Allah, Allah itu tidak pernah bosan (dalam memberikan pahala) hingga kamu sendiri yang merasa bosan (dalam mengerjakan ketaatan). Ketaatan yang paling Allah sukai adalah yang dilakukan
SECARA BERTERUSAN OLEH ORANG MELAKUKANNYA"
(riwayat al Bukhari no 43 dan Muslim no 221)
Maksudnya:
"Bahawa Nabi SAW pernah masuk menemuinya, sedang di sisi Aisyah ada seorang wanita, lalu baginda bertanya: "Siapakah ini?" 'Aisyah menjawab: "Dia adalah seorang wanita yang menjaga solat (Tahajud) sepanjang malam". Baginda bersabda: "Ah.. hendaklah kamu mengerjakan ketaatan sesuai dengan kemampuan kamu, kerana demi Allah, Allah itu tidak pernah bosan (dalam memberikan pahala) hingga kamu sendiri yang merasa bosan (dalam mengerjakan ketaatan). Ketaatan yang paling Allah sukai adalah yang dilakukan
SECARA BERTERUSAN OLEH ORANG MELAKUKANNYA"
(riwayat al Bukhari no 43 dan Muslim no 221)
Labels:
Akhlak
Thursday, November 11, 2010
Bashir bin Saad - Ketepikan Ego demi Kesatuan Ummah
Sirah mencatatkan peristiwa kewafatan Rasulullah mengundang pertelingkahan sesama Umat Islam, antara Kaum Muhajirin dan Ansar. Masing-masing merasa terpanggil untuk memilih penganti Rasulullah dan merasakan mereka lebih layak untuk memegang tampuk pimpinan Khalifah Islam.
Bagi orang Ansar, mereka merasakan mereka lah yang lebih berhak kerana dengan kekuatan merekalah, Islam berkembang dan seluruh penduduk Arab tunduk patuh pada Islam. Bagi orang Muhajirin, mereka merasa merekalah yang lebih layak memandangkan mereka lah orang pertama sekali membenarkan Nabi Muhammad SAW, beriman kepadanya, menderita bersamanya, memikul segala macam azab sengsara bersamanya sewaktu sekalian manusia masih memusuhinya. Mereka tidak takut atau merasa lemah walaupun bilangan mereka sangat sedikit.
Suasana menjadi sangat tegang sehingga Al-Hubbab bin Al-Munzir (orang Ansar) berani menyanggah pandangan Saidina Umar bin al-Khattab. Umar merasa sangat marah dan berkata;
"Allah akan membunuhmu!!!"
Dijawab pula oleh Al-Hubbab bin Al-Munzir,
"Engkaulah yang akan dibunuh oleh Allah"
Bashir bin Saad Tokoh Ansar Yang Meredakan Suasana
Setelah melihat suasana sudah menjadi sangat gawat, maka seorang tokoh Muhajirin iaitu Amir bin Abdullah bin al-Jarrah yang lebih dikenali dengan nama Abu Ubaidah bin al-Jarrah telah bangkit dan berucap;
"Wahai saudara-saudaraku kaum Ansar, kamu adalah kaum yang pertama menyokong dan membantu, maka janganlah kamu pula menjadi kaum pertama yang merubah dan berganti pendirian."
Demikianlah singkatnya ucapan Abu Ubaidah bin al-Jarrah dalam usahanya menyatupadukan fikiran kaum Muslimin yang hampir berpecah ketika itu. Sungguhpun ucapannya sangat pendek, tetapi kesannya cukup mendalam sekali di hati para hadirin di Saqifah Bani Saidah. Seorang tokoh besar Ansar, Bashir bin Saad amat terhiris dengan ucapan itu. Barangkali hatinya cukup bergetar dan air matanya menitis mendengar ucapan sahabatnya dari Kaum Muhajirin.
Maka tanpa didesak atau disuruh oleh sesiapa, dia telah bangun dan berpidato;
"Wahai ssaudara-saudaraku kaum Ansar, kita semua, demi Allah, memperolehi kedudukan termulia dan paling pertama di dalam berjihad terhadap kaum musyrikin dan terdahulu di dalam beragama. Semua ini kita lakukan tidak lain tidak bukan adalah semata-mata demi keredhaan Allah Taala. Dan tunduk kepada Nabi kita dan juga kepada kehormatan diri kita. Maka tidaklah layak kita mempersoalkan semua itu. Bukankah Muhammad itu dari Quraisy? Kerana itu kaumnya lebih berhak dan lebih layak ke atas kepimpinannya. Demi Allah saya sendiri tidak akan membantah dalam persoalan itu. Marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah. Janganlah kita saling berbantah dan bertengkar."
Suasana kemudiannya menjadi sangat murni dan tenang setelah Bashir bin Saad mengucapkan pidatonya yang jelas-jelas menyokong jawatan khalifah diserahkan kepada kaum Muhajirin.
Bukan nama dan pangkat yang dikejarnya selama ini, namun redha Allah lah yang mejadi asbab perjuangan Kaum Ansar. Sungguhpun mereka turut sama menyumbang besar terhadap perjuangan Rasulullah, namun bukan imbalan Khalifah yang mereka harapkan. Mereka juga layak untuk memimpin, tetapi dek kerana memikirkan Ummah yang semakin berpecah-belah, Bashir bin Saad sanggup mengenepikan egonya justeru mengangkat kelayakan kepada kaum Muhajirin.
"Allah akan membunuhmu!!!"
Dijawab pula oleh Al-Hubbab bin Al-Munzir,
"Engkaulah yang akan dibunuh oleh Allah"
Bashir bin Saad Tokoh Ansar Yang Meredakan Suasana
Setelah melihat suasana sudah menjadi sangat gawat, maka seorang tokoh Muhajirin iaitu Amir bin Abdullah bin al-Jarrah yang lebih dikenali dengan nama Abu Ubaidah bin al-Jarrah telah bangkit dan berucap;
"Wahai saudara-saudaraku kaum Ansar, kamu adalah kaum yang pertama menyokong dan membantu, maka janganlah kamu pula menjadi kaum pertama yang merubah dan berganti pendirian."
Demikianlah singkatnya ucapan Abu Ubaidah bin al-Jarrah dalam usahanya menyatupadukan fikiran kaum Muslimin yang hampir berpecah ketika itu. Sungguhpun ucapannya sangat pendek, tetapi kesannya cukup mendalam sekali di hati para hadirin di Saqifah Bani Saidah. Seorang tokoh besar Ansar, Bashir bin Saad amat terhiris dengan ucapan itu. Barangkali hatinya cukup bergetar dan air matanya menitis mendengar ucapan sahabatnya dari Kaum Muhajirin.
Maka tanpa didesak atau disuruh oleh sesiapa, dia telah bangun dan berpidato;
"Wahai ssaudara-saudaraku kaum Ansar, kita semua, demi Allah, memperolehi kedudukan termulia dan paling pertama di dalam berjihad terhadap kaum musyrikin dan terdahulu di dalam beragama. Semua ini kita lakukan tidak lain tidak bukan adalah semata-mata demi keredhaan Allah Taala. Dan tunduk kepada Nabi kita dan juga kepada kehormatan diri kita. Maka tidaklah layak kita mempersoalkan semua itu. Bukankah Muhammad itu dari Quraisy? Kerana itu kaumnya lebih berhak dan lebih layak ke atas kepimpinannya. Demi Allah saya sendiri tidak akan membantah dalam persoalan itu. Marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah. Janganlah kita saling berbantah dan bertengkar."
Suasana kemudiannya menjadi sangat murni dan tenang setelah Bashir bin Saad mengucapkan pidatonya yang jelas-jelas menyokong jawatan khalifah diserahkan kepada kaum Muhajirin.
Bukan nama dan pangkat yang dikejarnya selama ini, namun redha Allah lah yang mejadi asbab perjuangan Kaum Ansar. Sungguhpun mereka turut sama menyumbang besar terhadap perjuangan Rasulullah, namun bukan imbalan Khalifah yang mereka harapkan. Mereka juga layak untuk memimpin, tetapi dek kerana memikirkan Ummah yang semakin berpecah-belah, Bashir bin Saad sanggup mengenepikan egonya justeru mengangkat kelayakan kepada kaum Muhajirin.
Sejarah bukan tercipta hanya untuk tatapan kita semata-mata, tetapi perlu dijadikan iktibar. Lihatlah bagaimana tarbiyah Nabi Muhammad berjaya membentuk generasi yang berfikir hanya demi kepentingan Islam dan Ummah. Ayuh, berlapang dadalah dalam menerima kritikan dan ketahuilah bahawa ia adalah hadiah nasihat dari saudara SEIMAN kita. Bukan nafsu yang perlu dibela, tetapi kesatuan Ummah!!
Petikan sirah dari buku : Sejarah 4 Khalifah susunan Tarikuddin bin Haji Hassan
Sunday, November 7, 2010
Al- Fatihah; Pembuka Hati dan Minda Manusia
SURAH Al- Fatihah ini dinamakan dengan berbagai-bagai nama seperti Um al-Kitab, Um al-Furqan, al-Masthani, as-Sab’ai dan lain-lain. Al- Fatihah merupakan pembuka Al-Quran yang sangat agung. Maka, ia juga adalah pembuka kepada hati dan minda manusia. Al- fatihah juga merupakan manhaj atau gaya hidup yang sesuai dgn apa yang Allah perintahkan. Tidak hairanlah jika surah yang terdiri dari 7 ayat ini diulang oleh setiap muslim sebanyak 17 kali sehari dalam mempersembahkan ibadah yang paling penting iaitu solat. Oleh itu, amat penting untuk kita memahami dan mendalami setiap untaian maksud ayat-ayat surah yang agung ini, dengan harapan dapat meningkatkan ke”khusyuk”an kita bersolat.
1. Al- Isti’azah: Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.
Al-Isti’azah bermaksud memohon perlindungan. Al-Quran merupakan penawar,petunjuk dan cahaya kepada umat manusia. Walaubagaimana pun, dalam mencari penawar hati dan petunjuk ini, pastinya terdapat ancaman yang besar iaitu syaitan. Ingatlah, syaitan pernah berkata:
“kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka dan dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur” (Al-A’raf ayat 17)
Maka, apabila sedang kita membaca ayat-ayat Quran, syaitan akan datangi kita dari semua arah, dan membisik secara halus kedalam hati kita, supaya kita rasa bangga dan riak dengan bacaan kita yang lancar dan merdu. Jika tidak berjaya, syaitan akan membuatkan kita memuji diri sendiri.. “bagusnya aku ni, sehari pun tak pernah tinggal baca quran”. Syaitan tidak akan berhenti menghasut dan membisik kedalam hati kita, supaya jauh terpesong dengan niat “lillahi taala”. Maka, oleh itu, Allah telah menyediakan perlindungan yang hebat kepada kita, iaitu ungkapan Isti’azah:
“Jika apabila kamu membaca al-Quran maka berlindunglah kepada Allah daripada syaitan ar-rajim” (An-Nahl: 98)
Oleh itu, masihkan patut kita memandang ringan dengan ucapan Al-Isti’azah ini dan mengganggapnya sebagai satu sunnah yang ringan?
2. Basmalah: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Huruf ba’ yang ada pada basmalah dikenali dengan ba’ al-isti’anah (ba’ bantuan). Ba’ al-isti’anah ini jika diterjemahkan dalam bahasa melayu member maksud “dengan”. Analogi nya, ketika kita berkata, aku pulang ‘dengan’ menaiki trem no 22, bermaksud trem telah membantu perjalananku pulang dengan mudah. Oleh itu, huruf ba’ dalam ungkapan basmallah iaitu ba’ al-isti’anah merupakan permohonan akan bantuan Allah.
Ar-rahman dan Ar-rahim pula merupakan nama-nama Allah SWT (Asmaul Husna). Allah berfirman:
“Dan bagi Allah Asmaul Husna maka berdoalah dengannya…” (Al-A’raf:180)
Oleh itu, ucapan basmalah mengandungi makna doa. Membaca basmalah membuatkan kegiatan berdoa menjadi mudah dan berterusan. Ikatan dengan pencipta menjadi berterusan dan setiap detik, Allah menjadi ingatan dan tujuan. Syaitan kehilangan punca kerana niat segar terucap.
3. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam
Ayat ini jelas mengajarkan kita siapa yang sepatutnya dan selayaknya dipuji. Ramai manusia terlupa dengan hakikat diri yang sebenarnya sangat lemah. Ketika Allah memberi kita beberapa kecemerlangan, seringkali kita menganggap bahawa semuanya diraih atas usaha dan daya kita. Oleh itu, ketika kita mebaca ayat kedua ini setiap hari dalam solat, mudah-mudahan ayat ini dapat menyedarkan kita sebanyak 17 kali setiap hari, supaya kita hendaklan sentiasa bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya.
Dalam ayat kedua ini juga, Allah mengajarkan kepada kita bahawa Allah merupakan pentadbir seluruh alam. Kita menyakini bahawa Allah yang menciptakan seluruh alam semesta ini dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan selainNya. Maka hanya Dialah yang tahu hakikat rahsia di sebalik seluruh ciptaanNya ini. Dia jugalah satu-satunya yang mampu untuk mengatur dan menjaga alam ini.
Allah berfirman: “kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi dan Allah Maha Perkasa atas segala sesuatu” (Al-Imran:189)
4. Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Ayat ini mengajak kita merenung bahawa penciptaan yang berlaku ini segalanya berasal dari rahmat dan kasih sayang Allah. Bukan sahaja langit dan bumi yang dihamparkan buat kita, malahan Rasul yang diutuskan dan Al-Quran yang diturunkan kepada kita juga merupakan rahmat daripada Allah. Kalimah Ar-Rahman merupakan kalimah yang melambangkan Zat Allah yang tidak ada seumpamanya, kepada semua makhluk. Sedangkan Ar-Rahin pula Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya. Maka bergembiralah kita yang berjaya menyebut syahadah kerana mendapat kasih sayang “extra” dari Pencipta.
5. Penguasa Hari Pembalasan
Allah menegaskan bahawa Dialah yang akan menjadi Penguasa di Hari Pembalasan. Tujuan penegasan disini adalah untuk mengingatkan manusia mengenai kedasyatan hari tersebut. Sebelum Allah menyatakan akan Dirinya yang merupakan Penguasa pada Hari Pembalasan (ayat 4), Allah telah menyatakan terlebih dahulu bahawa Dialah Ar-Rahman dan Ar-Rahim (ayat 3). Ar-Rahmat dan Ar-Rahim memberi manusia harapan untuk terus berusaha mencari keredhaan-Nya walaupun manusia seringkali tersilap langkah.
6. KepadaMu kami sembah dan KepadaMu kami mohon pertolongan.
Secara semula jadinya, manusia yang tadabbur kepada keempat empat ayat sebelum ini, akan timbul rasa penghambaan didalam diri mereka. Ayat satu hingga empat dari surah al;Fatihah disampaikan dalam bentuk penyataan. Jika kita beralih ke ayat kelima, ia dihadirkan dalam bentuk ucapan atau dialog. Hal ini menandakan perubahan yang berlaku pada diri manusia antara keadaan sebelum mengenal Allah dan setelah mengenal Allah. Ayat ini mengajarakan kita supaya kita beribadhlah ikhlas kerana Allah, bekerja keraslah demi redha Allah dan mohonlah segala pertolongan dan pengharapan hanya kerana Allah.
7. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Setelah Allah memperkenalkan segala aspek yang berkaitan dengan Sang Pencipta (ayat 1-4) dan diteruskan dengan pengenalan tentang peranan sebenar manusia (ayat 5), maka sudah tibalah masanya untuk manusia memulakan langkah untuk melaksanakan tugasnya. Oleh itu, dalam memulakan langkah tersebut, Allah mengajarkan kita dalam ayat ke 6 ini supaya memohon hidayah kepada Allah, agar langkah yang diambil tidak terpesong, bahkan mendekatkan diri kepada Allah.
8. Jalan mereka yang Engkau kurniakan nikmat bukan jalan mereka yg mndapat murka Allah dan bukan pula jalan mereka yg sesat.
Apabila kita meminta kepada Allah, kita perlulah mengetahui dengan sesungguhnya apa yang diminta. Jadi, jalan lurus bagaimana yang kita mahu? Jalan lurus adalah jalan istimewa yang telah dilalui mereka yang beruntung. Beruntung kerana merekalah orang-orang yang terpilih oleh Allah lalu dianugerahkan nikmat iman dan islam. Golongan yang melalui jalan yang lurus ini adalah golongan yang terbaik, iaitu golongan para rasul dan nabi, para solihin, para siddiqin, para sobirin dan para syuhada. Mengetahui bahawa jalan lurus ini dilalui oleh golongan yang hebat, maka ini mendorong kita untuk memohon agar diberi petunjuk kepada jalan lurus ini. Permohonan secara lisan perlulah diiringi dengan tindakan, hati yang mengharap dengan keyakinan, lisan melafazkan dengan jelas, seluruh anggota pula bekerja membuktikan kesungguhan.
Allah juga mengajarkan kita melalui ayat ini agar kita sentiasa jelas dengan apa yang kita inginkan dan lakukan, agar kita tidak tergolong dalam golongan yang mendapat murka Allah dan juga golongan yang sesat. Manusia yang memiliki akal perlu menggunakannya untuk mencari jalan lurus ini. Jika mereka tidak pasti mengenai sesuatu perkara, mereka perlu selidik agar keputusan yang dibuat itu tidak termasuk ke dalam golongan-golongan yang mendapat murka Allah dan sesat.
Oleh itu, dalami lah pengertian dan maksud setiap ayat surah Al-fatihah, surah yang agung ini. Mudah-mudahan dengan medalaminya dapat meningkatkan ke”khusyuk”an kita menunaikan solat. Ingatlah, Al-Fatihah adalah pembuka pintu kebenaran, pembuka hati yang kebingungan yang dahagakan cahaya keimanan, juga pembuka hati yang terluka terseksa mengharapkan belaian dan kasih sayang dari Sang Pencipta. Semoga dengan mendalami makna surah al fatihah ini dapat menjadi pedoman dalam mengharungi hidup lalu menjadi syafaat nanti diakhirat sana. Wallahu a’lam.
*ilham dari buku Al-Fatihah, Menyusun Struktur Perasaan dan Fikiran Insan, Abdul Shahiid Shafruddin, Pelima Media Sdn Bhd.
Monday, November 1, 2010
Diri ini hanya insan yang lemah...
Tahun 2010 hampir melabuhkan tirainya..genaplah setahun ana berana berada di bumi Eropah mengembara mencari secebis ilmu..pelbagai suka dan duka dialami sebagai seorang anak perantau baik dari segi akademik mahupun emosi..alhamdulillah..ana bersyukur,Allah mencampakkan ana di bumi Czech ini untuk terus mencari redhaNya..alhamdulillah disini ana menemui erti hidup yang sebenar..kepayahan berada di bumi asing banyak mengajar ana untuk menjadi seorang yang lebih kuat..di sinilah ana belajar erti pergantungan dan pengharapan yang sebenar kepada Allah..
Alhamdullillah ana bersyukur Allah masih sayangkan ana...setiap kali ana semakin jauh dari Dia, dia akan tegur ana dengan pelbagai cara..2 April 2010, tarikh yg merubah hidup ana..insan yang paling ana sayangi dijemput Illahi tatkala diri ini masih belum bersedia dengan kehilanganya..hati ini masih lagi ingin bermanja dan menghadiahkan sebuah kejayaan untuknya..namun Allah lebih menyayanginya, siapalah ana untuk menghalang apabila sesuatu yang dipinjamkan mahu diambil kembali..namun ana redha..semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang-yang yang soleh...
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (3:185)
setiap yang berjiwa akan merasai mati..itulah ketetapan yang tidak dapat diubah walaupun kita mempunyai harta setinggi gunung..manusia hanya akan sedar bila sesuatu terjadi..begitulah ana, insan yang lemah ini, kematian nenek ana sememangnya memberi impak yang besar dalam hidup ana..alhamdulillah, Allah masih sayang pada ana..Cuma diri yang lemah ini seringkali mendustakan kasih sayangMu..ampunkan daku Ya Allah..
30 October 2010, sekali lagi ana diuji...Oh, Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini..insan yang medidik ana, berhujan panas untuk mencari sesuap rezeki, kini sudah bukan di alam ini lg...kini setelah lama menghilang, hanya khabar kematian yang dapat dihadiahkan buat diri yang sekian lama menunggu..hati ini masih lagi berhasrat untuk bertemu denganmu walau sedetik, walau sesaat..namun perancangan Allah medahului segala-galanya..sekali lagi ana redha dengan ketentuanNya..biarlah hanya kenangan menjadi pegubat rindu diri ini padamu...
Hidup ini ini hanya sementara, bila2 masa shj kt boleh dipanggil mengadap Maha pencipta tanpa sebarang warning mahupun signal...andai kata kt dijemput oleh malaikat Izrail hari ini, esok atau lusa, adakah kita sudah bersedia? Sudah cukupkan amalan kita untuk dibawa mengadapNya?sudah cukupkah ilmu untuk menjawab pertanyaan malaikat di dalam kubur? Tepuk dada Tanya iman...
Ana menulis hanya sebagai perkongsian..manusai sering lupa dan menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk mengingatkan satu sama lain..marilah kita muhasah diri ini yang masih lagi dikurniakan jantung yang berdegup ini..sama-samalah kt grap opportunity yg msih dikurniakan oleh Allah SWT.. (al-fatihah buat kedua-dua insan tersayang yg kini pergi mengadap Illahi..moga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka dan ditempatkan dikalangan orang yg soleh)
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. (3:102)
~Wallahua’lam~
Buku
Subscribe to:
Posts (Atom)