Social Icons

Monday, November 1, 2010

Diri ini hanya insan yang lemah...

Tahun 2010 hampir melabuhkan tirainya..genaplah setahun ana berana berada di bumi Eropah mengembara mencari secebis ilmu..pelbagai suka dan duka dialami sebagai seorang anak perantau baik dari segi akademik mahupun emosi..alhamdulillah..ana bersyukur,Allah mencampakkan ana di bumi Czech ini untuk terus mencari redhaNya..alhamdulillah disini ana menemui erti hidup yang sebenar..kepayahan berada di bumi asing banyak mengajar ana untuk menjadi seorang yang lebih kuat..di sinilah ana belajar erti pergantungan dan pengharapan yang sebenar kepada Allah..

Alhamdullillah ana bersyukur Allah masih sayangkan ana...setiap kali ana semakin jauh dari Dia, dia akan tegur ana dengan pelbagai cara..2 April 2010, tarikh yg merubah hidup ana..insan yang paling ana sayangi dijemput Illahi tatkala diri ini masih belum bersedia dengan kehilanganya..hati ini masih lagi ingin bermanja dan menghadiahkan sebuah kejayaan untuknya..namun Allah lebih menyayanginya, siapalah ana untuk menghalang apabila sesuatu yang dipinjamkan mahu diambil kembali..namun ana redha..semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang-yang yang soleh...

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (3:185)

setiap yang berjiwa akan merasai mati..itulah ketetapan yang tidak dapat diubah walaupun kita mempunyai harta setinggi gunung..manusia hanya akan sedar bila sesuatu terjadi..begitulah ana, insan yang lemah ini, kematian nenek ana sememangnya memberi impak yang besar dalam hidup ana..alhamdulillah, Allah masih sayang pada ana..Cuma diri yang lemah ini seringkali mendustakan kasih sayangMu..ampunkan daku Ya Allah..



30 October 2010, sekali lagi ana diuji...Oh, Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini..insan yang medidik ana, berhujan panas untuk mencari sesuap rezeki, kini sudah bukan di alam ini lg...kini setelah lama menghilang, hanya khabar kematian yang dapat dihadiahkan buat diri yang sekian lama menunggu..hati ini masih lagi berhasrat untuk bertemu denganmu walau sedetik, walau sesaat..namun perancangan Allah medahului segala-galanya..sekali lagi ana redha dengan ketentuanNya..biarlah hanya kenangan menjadi pegubat rindu diri ini padamu...

Hidup ini ini hanya sementara, bila2 masa shj kt boleh dipanggil mengadap Maha pencipta tanpa sebarang warning mahupun signal...andai kata kt dijemput oleh malaikat Izrail hari ini, esok  atau lusa, adakah kita sudah bersedia? Sudah cukupkan amalan kita untuk dibawa mengadapNya?sudah cukupkah ilmu untuk menjawab pertanyaan malaikat di dalam kubur? Tepuk dada Tanya iman...

 Ana menulis hanya sebagai perkongsian..manusai sering lupa dan menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk mengingatkan satu sama lain..marilah kita muhasah diri ini yang masih lagi dikurniakan jantung yang berdegup ini..sama-samalah kt grap opportunity yg msih dikurniakan oleh Allah SWT.. (al-fatihah buat kedua-dua insan tersayang yg kini pergi mengadap Illahi..moga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka dan ditempatkan dikalangan orang yg soleh)

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. (3:102)

                                ~Wallahua’lam~

2 comments:

  1. bersyukurlah, bila Allah beri peluang kita menangis, kerana pada masa itu, hanya Allah yang kita cari. Jzkk for the post

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.. ujian Allah ke atas mu jauh lebih berat.. Moga ditabahkan hati.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...