Social Icons

Sunday, May 15, 2011

Jumaat dan Dosa Jual Beli

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum sahabat2 sekalian. Apa khabar? harap2nya semua sihat, fizikal,mental, dan paling penting spiritual. =)


Saya nak kongsi sikit satu artikel dari ustaz Zaharuddin. Actually dah lama dah nak share, tapi tak berkesempatan. so hari ni insyaAllah kita tambah ilmu dan sebarkan ye. (Walaupun hari ni bukan hari Jumaat, tapi takpe, nanti hari Jumaat, ingat ye pasal benda ni, dan ingatkan yang lain juga, especially ayah, adik beradik lelaki, suami dan sahabat2 muslimin kita )

Tahukah sahabat2 sekalian, jual beli pada waktu selepas azan pada hari Jumaat adalah haram? 

Asas kepada hukum ini adalah berdasarkan surah al Jumu'ah ayat 9:


﴿يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْاْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُواْ الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ﴾



 " Hai orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah  dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"



atas wanita pun haram ke?
Tidak..
Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Jadi, setiap urus niaga antara wanita dgn wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan  pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Ia adalah keharusan yang disepakati ole ke empat empat mazhab terbesar dalam fiqah Islam. 
Begitu juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat Jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir, dan sebagainya..
Jadi, perbincangan hukum ini hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua duanya sekali yang sihat, baligh, dan tidak bermusafir..



Ok, kalau macam tu, untuk ayah, abang, adik lelaki, suami, dan sahabat2 lelaki kita.. haramnya jual beli tu jatuh selepas azan pertama atau kedua?
Dalam hal ini,ulama' berbeza ijtihad dlm menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.
Perlu difahami bahawa azan Jumaat pada zaman Nabi Saw, Abu Bakar as Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. 
Pada Zaman Khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).
Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan ini, para ulama' perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tidak berlaku lagi jual beli selepasnya. 


Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas menyatakan bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu ketika khatib sudah naik ke atas mimbar. Ia juga bertepatan dengan suasana ketika turunnya ayat alQuran ini pada masa hayat baginda Nabi Saw. Imam at Tohawi al hanafi menegaskan: " Azan yang terpakai adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat pada zaman Baginda saw." (Mukhtasar al Tohawi, hlm 24)


Namun demikian, ulama mazhab Hanafi mempunyai pelbagai pandangan, majoriti berijtihad bahawa jual beli selepas azan kedua 'pasti haram', cuma terdapat sebahagian besar mereka juga berpendapat pengharaman bermula sejak daripada azan pertama lagi  (azan masuk waktu) atau selepas gelincirnya matahari pada hari tersebut.


Ini bermakna mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini, dan 
keempat-empat mazhab sepakat berjual beli selepas azan kedua adalah haram. 
Imam ibn kathir as Syafi'i menyebut: " para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jual beli selepas azan kedua" (tafsir ibn kathir, 4/367)




Kalau begitu.. berdosa sahaja atau akad pun terbatal?
Jika akad tidak sah, maka pemilikan harga yang diperoleh peniaga adalah batal , demikian juga pemilikan barang oleh pembeli..bererti, kedua2 mereka menggunakan harta milik orang lain, dan berterusan keadaan dalam penuh syubhah dan bermasalah.

Dalam hal ini, ulama berbeza pendapat.
1) Akad adalah sah, tetapi DOSA ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah Ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafi'i dan sebahagian Maliki.

2) Akad batal dan berdosa. Ini pendapat mazhab hanbali dan majoriti Maliki.

namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh.kerana rukun dan syarat jual beli telah dipenuhi cuma waktu jualan sahaja yang haram. maka atas kesalahan itu, DOSA ditanggung tanpa membatalkan akad.


Jadi, kesimpulannya..jual beli pada hari Jumaat itu hukumnya haram apabila:
1) dilakukan selepas azan kedua, sewaktu imam berada di atas mimbar.
2) dilakukan oleh lelaki (sama ada peniaga atau pembeli) yang wajib solat Jumaat


Jadi, sahabat2 sekalian, marilah kita sama2 menyebarkan berkenaan perkara ini.. rasanya rata2 umat Islam memandang remeh akan hal ini..dan boleh jadi tidak mengetahui akan hal ini..
Marilah kita menghindari DOSA jual beli pada hari Jumaat..


Rujukan: SOLUSI isu 15, artikel oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.

1 comment:

  1. mcm2 pndpt..ikut pmbacaan saya, HARAM jual beli ketika azan jumaat. kt page kamu ni HARAM selepas azan...mn satu ni???? see this..artikel dr masjid negara ttg jual beli semasa azan jumaat....
    http://www.masjidnegara.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=227&Itemid=124

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...