Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...
1) Waswasah
Waswasah bermaksud membisikkan keraguan pada diri manusia ketika dia melakukan kebaikan atau amal soleh. Sebagai contoh, di saat azan Subuh berkumandang, dan tubuh kita masih berselimut, terbersit dalam fikiran kita, "Lima minit lagi," "Masih awal". Ini adalah waswasah. Kenyataannya, bukan lima minit tetapi satu jam, dan akhirnya kita terlambatmengerjakan solat Subuh, atau bahkan kita langsung meninggalkannya.
2) Tazyin
Tazyin bermaksud membungkus kemaksiatan dengan kenikmatan. Segala yang berbau maksiat biasanya dilihat indah. Misalnya, mengapa orang yang bercinta dilihat lebih mesra berbanding pasangan suami isteri? Berjalan berdua ketika bercinta dirasakan lebih manis berbanding berjalan berdua selepas berkahwin. Ini kerana ada unsur tazyin. Berdua-duaan tanpa ikatan itu maksiat, sementara pernikahan itu ibadah. Namun maksiat dihiasi oleh syaitan supaya ia kelihatan indah, lebih nikmat. Inilah yang disebut sebagai strategi tazyin.
3) Tamanni
Tamanni bermaksud memperdayakan manusia dengan khayalan dan angan-angan. Pernahkah anda terniat mahu solat tahajud ketika merebahkan badan ditempat tidur? Namun pada jam 3 pagi, di saat jam penggera berbunyi, kita cepat-cepat mematikannya kemudian meneruskan tidur.
Pernahkah kita ingin bertaubat? Namun ketika maksiat ada di depan mata, kita tetap melakukannya. Ironisnya ini berlaku berkali-kali. Inilah yang disebut strategi tamanni.
4) A'dawah
A'dawah ertinya berusaha menanamkan benih permusuhan. Syaitan sentiasa berusaha menumbuhkan api permusuhan di antara manusia. Biasanya permusuhan berawal dari prasangka buruk. Kerana itu, waspadalah kalau berprasangka buruk pada orang lain, sesungguhnya kita telah terperangkap dengan strategi syaitan.
5) Takwif
Takwif ertinya menakut-nakutkan. Pernahkah anda merasa takut miskin kerana menginfakkan sebahagian harta, takut disebut berlagak alim kerana datang ke majlis taklim? Kalau kita pernah merasakannya, inilah strategi takwif.
6) Saddun
Saddun ertinya berusaha menghalang manusia melaksanakan perintah allahdengan menggunakan pelbagai bentuk hambatan. Pernahkah anda merasa malas ketika mahu mengerjakan solat, atau merasa sangat mengantuk ketika membaca al-Quran meskipun sudah cukup tidur? Ini adalah gejala saddun angkara syaitan.
7) Wa'dun
Wa'dun ertinya janji palsu. Syaitan berusaha memujuk manusia supaya mengikutinya dengan memberi janji-janji yang menggoda. akhirnya manusia mempercayainya. Misalnya, seorang wanita menyerahkan dirinya kepada kekasih hatinya kerana dia berjanji untuk menikahinya, namun apabila dia hamil, kekasihnya meninggalkannya begitu sahaja. Dia enggan bertanggungjawab. Inilah contoh wa'dun atau janji palsu daripada syaitan.
8) Kaidun
Kaidun bermaksud tipu daya. Syaitan berusaha sekuat tenaga memasang sejumlah perangkap agar manusia terjebak ke dalamnya. Pernahkah di saat anda diberikan tugas, anda terfikir mahu menangguhkannya kerana tempohnya masih panjang? Ternyata apabila tempoh masa yang diperuntukkan hampir tamat, kita mulai kelam kabut menyelesaikannya. Kita lakukannnya dengan ala kadar dan tergesa-gesa sehingga hasilnya tidak seperti yang diharapkan. strategi ini disebut kaidun
9) Nisyan
Nisyan bermaksud lupa. Sesungguhnya lupa itu adalah sifat manusiawi. Lupa memang sifat manusiawi, tetapi syaitan tetap berusaha agar manusia menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidakbertanggungjawab. Pernahkah kita lupa menunaikan janji? Lupa solat? Kalau sesekali itu bolehlah disebut manusiawi, tetapi kalau sering dilakukan bererti kita telah terjebak dengan strategi nisyan.
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (Al-An'am; 112)
sumber: Mantapkan hati Meminang Bidadari (Burhan Sodiq)
Monday, December 31, 2012
Sunday, December 30, 2012
Al-Qa'qa' bin Amru : Dihantar seorang sebagai tentera bantuan
Pertama kali saya terdengar nama Al-Qa'qa' bin Amru At-Tamimi adalah apabila menonton cerita drama bersiri Omar Series keluaran syarikat MBC. Perasaan saya hanyalah biasa, tidak sama perasaan ketika melihat watak Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali, Khalid Al Walid RadiAllahu 'anhum. Dan saya rasa kisah Usamah bin Zaid sebagai panglima muda menggantikan Khalid Al-Walid lebih kerap kali saya dengar berbanding kisah Al-Qa'qa' bin Amru
ERA PEMERINTAHAN KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A
Bila saya cuba mencari kisah Al-Muthanna bin Harithah, yang dilantik oleh Khalifah Abu Bakar menjadi ketua operasi awal berperang di Iraq melawan Parsi dalam buku Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin karya Tuan Guru Abdul Hadi Awang, saya terjumpa kali kedua nama Al-Qa'qa' bin Amru. Dan alhamdulillah inilah titik permulaan saya merasakan Al-Qa'qa' bin Amru bukan calang orang
Khalifah Abu Bakar mengarahkan Khalid Al-Walid untuk membantu Al-Muthanna :
Khalid datang bersama dengan seribu anggota tentera, disertakan dengan tentera daripada puak-puak Rabiah dan lain-lain yang datang membantu seramai sepuluh ribu. Al-Muthanna pula membawa lapan ribu tentera dan menjadikan jumlahnya lapan belas ribu.
Apabila panglima Khalid dan Iyadz menghantar perutusan kepada Khalifah Abu Bakar meminta tentera tambahan, khalifah menghantar hanya Al-Qa'qa' bin Amru At-Tamimi seorang sahaja bagi membantu Khalid
Lalu dikatakan kepadanya, "Adakah munasabah hanya menghantar seorang sahaja?" Khalifah Abu Bakar menjawab, "Tidak boleh dikalahkan oleh musuh sekiranya ada seorang sepertinya".
Jawapan menunjukkan Khalifah Abu Bakar mengetahui kemampuan dan kepakaran seorang tokoh tentera yang boleh menyamai jumlah yang ramaiZat Al-Salasil (Battle of Chains)
Di dalam buku ini juga ada diceritakan bagaimana ketika Khalid dicabar oleh Panglima Parsi bernama Hurmuz untuk bertarung satu lawan satu, Hurmuz telah melakukan helah, Hurmuz berpakat dengan beberapa orang tenteranya supaya membunuh Khalid sewaktu mereka bertarung satu lawan satu.
Ketika Khalid dan Hurmuz bertarung tanpa senjata, tentera Hurmuz telah berlari keluar dari barisan tentera dan mengelilingi Khalid dan Hurmuz. Sejurus Al-Qa'qa' menyaksikan terdapat beberapa orang tentera Parsi berlari untuk menerkam Khalid, Al-Qa'qa' telah dapat mengesan helah tersebut, tanpa sempat memberitahu tentera Islam yang lain kerana dia merasa kesuntukan masa , Al-Qa'qa' dengan pantas mengejar dengan menunggang kuda lantas dengan rahmat Allah swt, Al-Qa'qa' seorang telah membunuh kesemua tentera Parsi yang cuba hendak membunuh Khalid, alhamdulillah sekaligus memudahkan Khalid membunuh Hurmuz yang mana sebentar tadi agak sukar bagi Khalid kerana dia terpaksa bertarung dengan Hurmuz dan tentera-tentera Parsi yang lain.
Setelah kematian Hurmuz, peperangan berlangsung,tentera Parsi mempunyai anggota yang ramai, antaranya pasukan khas yang diikat dengan rantai (Zat Al-Salasil). Pertempuran sengit ini berakhir dengan kemenangan tentera Islam dan tentera Parsi berundur lari bertempiaran.
ERA PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB R.A
Perang Qadisiyyah
Abdul Rahman bin 'Auf telah mencadangkan kepada Khalifah Umar supaya melantik Singa yang menerkam dengan kukunya, iaitu Sa'ad bin Abi Waqas sebagai panglima perang tentera Islam seramai sekitar 30 000 orang.
Rustum adalah panglima perang tentera Parsi yang mempunyai kekuatan seramai 120 000 orang dan 33 ekor gajah perang. Gajah raja yang paling besar berwarna putih diletakkan dibarisan hadapan, taktik pertempuran ini amat menggerunkan dan telah menyebabkan tentera berkuda Islam tidak mampu berhadapan dengan tentera bergajah Parsi.
Perang ini berlangsung selama 4 hari. Sa'ad bin Abi Waqas telah mengarahkan Al-Qa'qa' bin Amru dan saudaranya Asim bin Amru untuk mencederakan mata dan belalai gajah, dan alhamdulillah pada hari ketiga, pertempuran dikuasai oleh tentera Islam setelah tunjang utama kekuatan tentera Parsi iaitu tentera bergajah dapat ditewaskan.
Kemenangan berpihak kepada tentera Islam dengan jumlah tentera syahid seramai ribuan orang, manakala tentera Parsi yang terbunuh adalah seramai puluhan ribu orang.
Penaklukan Mesir
Sewaktu penaklukan Mesir yang diketuai oleh Amru bin Ash, Al-Qa'qa' adalah salah seorang yang dihantar oleh Saidina Umar Al-Khattab R.A untuk membantu Amru bin Ash.
Dalam suratnya Saidina Umar berkata "Aku kirimkan kepadamu seorang lelaki berbanding seribu dari umat Islam". Alhamdulillah dengan izin Allah, Mesir dapat ditakluk dengan mudah.
- Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A
- "Suara Al-Qa'qa' dalam tentera jauh lebih baik dari suara seribu tentera"
- "Tidak boleh dikalahkan oleh musuh sekiranya ada seorang sepertinya"
- Saidina Umar Al-Khattab R.A
- "Aku kirimkan kepadamu seorang lelaki berbanding seribu dari umat Islam"
- Sa'ad bin Abi Waqas R.A
- Suatu hari Saidina Umar berkirim surat kepada Sa’ad bin Abi Waqas. Dalam suratnya itu beliau bertanya; “Siapa tentera yang paling berani dalam perang Qadisiyyah?” Dalam surat balasannya, Sa’ad menjawab bahwa dirinya belum perah melihat tentera paling berani seperti Al-Qa'qa'. Dalam satu hari dia mampu melakukan tiga serangan. Dalam setiap serangan itu mesti ada musuh yang dibunuh.
Pesanan untuk diri saya dan sahabat-sahabat sekalian
- Terus menerus mendoakan saudara-saudara seaqidah kita di seluruh dunia yang ditindas dan dibunuh dengan zalim
- Pernah terdengar nama Khattab? Beliau adalah panglima moden Islam abad ke-20. Seorang yang masyaAllah hebat, berjuang di Afghanistan, Checnya etc. Boleh cari dokumentari beliau di Youtube
p.s : Syarikat MBC juga ada buat drama bersiri tentang Al-Qa'qa' bin Amru At-Tamimi cuma sayangnya belum ada subtitle english.
Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu adalah dari kekurangan diri saya
BarakAllahu fiikum
Sumber :
- Omar series keluaran syarikat MBC
- Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin karya Tuan Guru Abdul Hadi Awang
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_al-Qadisiyyah
- http://www.nellaieruvadi.com/islam/history_brave_qaqa1.asp
- http://www.grandestrategy.com/2007/12/sword-of-allah-chapter-19-battle-of.html
- http://www.buletin-alilmu.com/2011/03/26/kemenangan-islam-di-perang-qadisiyyah/
- http://www.2lisan.com/1812/amru-bin-ash/#.UN9jq28UnN0
- http://www.2lisan.com/1820/al-qaqa-bin-amru/#.UN9kYW8UnN1
Saturday, December 29, 2012
Kelebihan Al-Kahfi, Hindari Fitnah.
"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
“ Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui isi hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Al- Quran , serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah –lakunya pula adalah melampaui kebenaran.” [ Al-Kahfi 18;28]
Lewat pada zaman ini, di mana isi dunia menjadi matlamat
yang dikejar, sehingga matlamat asal kewujudan dilupakan , malah tujuan kehidupan yang
sebenar semakin kabur di pandangan, apakah kini segala maksud persoalan
kehidupan yang dilontarkan mampu untuk ditafsirkan
dan diertikan dengan benar dan jelas?
Dalam kondisi dunia kini yang sering
melontarkan seribu satu kekeliruan, antara yang ‘hitam’ dan yang ‘putih’, sehingga ada yang akhirnya ‘kelabu’ yang
dipilih.
Apabila hanya nafsu dunia yang diingini, sehingga kehidupan
nyata akhirat dilupakan.
Apabila yang benar dilihat salah, dan pabila yang salah
diakui benar,
Apabila yang amanah dikhianati, dan pabila amanah dipegang
oleh yang mengkhianati.
Apabila pengkhianat diberikan kepercayaan,manakala janji dimungkiri.
Dan pabila yang haq diketepikan, yang zalim pula dimegahkan...
kemanakah hilangnya pegangan yang selama ini dipelajari?
Di dalam suatu hadis,
Rasulullah S.A.W. bersabda,
“akan datang tahun-tahun penuh
dengan kedustaan yang menimpa manusia , pendusta dipercayai, orang yang jujur
didustakan,amanat diberikan pada pengkhianat, orang yang amanah dikhianati ,
dan Ruwaibidlah turut bicara. “ Lalu baginda ditanya , apakah Ruwaibidlah itu?”
baginda menjawab, “orang-orang bodoh yang mengurusi perkara umum.”(Hadis
Riwayat Ibnu Majah) sahih.
Apakah semua yang berlaku kini bukti penipuan atau fitnah-fitnah di akhir
zaman?
Fitnah-fitnah yang kian merebak luas ini, juga dikenali sebagai fitnah Dajjal
kecil, sebelum munculnya puncak fitnah terbesar iaitu fitnah al –Masih Ad-Dajjal
. Dalam era yang penuh dengan penipuan , seharusnya kita bersiap sedia dan
berusaha membina benteng untuk melindungi dan mengelakkan diri dari serangan dunia yang
penuh dengan pencemaran fitnah ini.
Walaupun dunia kini sesak dengan bermacam kekeliruanserta permasalahan, Alhamdulillah...kerana Allah S.W.T telah mengurniakan nikmat yang
besar buat kita, hamba-hamba-Nya, iaitu kitab yang kekal yang dijadikan asas panduan untuk
kehidupan di alam ini, iaitu Al-Quran.
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh
Rasulullah S.A.W bagi sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi di dalam kitab ini.
Surah yang ke-18 ini memberi kelebihan pengampunan dosa di antara Jumaat dengan
Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan
lagi memberi perlindungan pada diri agar dijauhi fitnah al-Dajjal jika
menghafal 10 ayat terawalnya.
Berikut adalah beberapa hadis mengenai kebaikan surah
al-Kahfi.
“Imam Ahmad berkata : “Daripada
Abi Darda’ daripada Nabi S.A.W. , baginda telah bersabda :”sesiapa yang
menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi , maka terhindar
daripada Al-Dajjal”
(
Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud , Al-Nasa’i , Al-Tarmizi daripada Qatadah)
“Imam Ahmad berkata : “Daripada
Abi Al - Darda’i , Nabi S.A.W bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir
daripada surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah al-Dajjal”
( Hadis
Riwayat Muslim dan Al-Nasa’i)
“Daripada Umar berkata: Nabi
S.A.W telah bersabda ; “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat ,
maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit . Untuknya
cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”
( Hadis Riwayat Ibnu
Katsir)
Surah ini juga mengemukakan 6 ciri-ciri penting yang boleh
digarap oleh setiap mukmin bagi mengelakkan fitnah Dajjal yang menghancurkan.
Antaranya:
1)
Sahabat sejati ;
“ Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui isi hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Al- Quran , serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah –lakunya pula adalah melampaui kebenaran.” [ Al-Kahfi 18;28]
2)
Memahami
hakikat dunia;
“Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan ; kehidupan dunia ini
samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit , lalu bercampur aduklah
tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air
itu; kemudian menjadilah ia kering
hancur ditiup angin ; dan ingatlah adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu.” [ Al-Kahfi 18; 45]
3)
Kerendahan
hati;
“Nabi Musa berkata, “ Engkau akan dapati
aku, InsyaAllah : orang yang sabar, dan aku tidak akan membantah sebarang
perintahmu.” [Al-Kahfi 18;69]
4)
Kejujuran
;
“katakanlah (wahai Muhammad) : “Sesungguhnya
aku hanyalah seorang manusia seperti kamu , diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan
kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap
pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan
janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadahnya kepada Tuhannya.”
[Al-Kahfi 18;110]
5)
Perlindungan
Allah
“ dan baca serta turutlah apa yang
diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu, tiada sesiapa yang dapat mengubah
kalimah-kalimahNya, dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat
perlindungan selain daripada-Nya.” [Al-Kahfi 18; 27]
6)
Kehidupan
akhirat
“ Dan ‘Kitab-kitab Amal’ juga tetap akan
dibentangkan , maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu , merasa
takut akan apa yang tersurat di dalamnya, dan mereka akan berkata : “Aduhai
celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang
besar ,melainkan semua dihitungnya! “ dan mereka dapati segala yang mereka
kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) , dan (ingatlah) Tuhanmu tidak
berlaku zalim kepada seseorang pun.” [ Al-Kahfi 18; 49]
Sungguh berat hidup di zaman kedustaan yang menyelimuti dunia
sehinggakan dunia seperti malam yang gelap-gelita.
Semoga Allah S.W.T
memelihara dan memantapkan iman
tauhid kita di era badai fitnah ini.
Allahumma inni a’uuzu bika min ‘azaabil
qabri , wa min ‘azaabi jahannam, wa min fitnatil mahyaa wal mamati , wa min
syarri fitnatil masiihid dajjal.
Maksudnya: Ya Allah , aku
berlindung kepada Mu dari siksa kubur, dari siksa neraka jahannam, dari fitnah
hidup dan mati, dan dari fitnah Dajjal.
Doa ini boleh diamalkan seusai membaca tashahhud akhir
solat.
“Bila seseorang selesai membaca
tashahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat
perkara, iaitu ; “ ya Allah, aku
berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam , dari siksa kubur, dari fitnah
hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal.[ selanjutnya hendalah ia berdoa memohon
kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya.] “ ( Hadis Riwayat Muslim, Abu ‘Awanah, Nasa’i dan Ibnu jarud
dalam al- muntaqa [27]. )
Tuesday, December 18, 2012
MUDAHKAN KEHIDUPAN KITA DENGAN SOLAT
"Hai orang-orang yang
beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu,
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
Dalam ayat 153 surah alBaqarah ini, Allah menyatakan bahawa antara fadhilat solat yang paling hebat ialah, ia menjadi penghubung dan jalan untuk seseorang hamba meminta pertolongan kepadaNya.
Maka, selesaikan SEGALA HAJAT dan masalah kita melalui SOLAT.
Huzaifah r.a menyatakan bahawa Rasulullah saw apabila ditimpa dengan sesuatu perkara, Baginda akan bersegera menunaikan solat. (Riwayat Abu Daud)
Abdullah ibnu Mas'ud r.a pula menceritakan, pernah suatu hari seorang sahabat Rasulullah saw datang menemui Baginda lalu berkata; "Ya Rasulullah! Sesungguhnya saya ingin keluar ke Bahrain untuk tujuan perniagaan". Lalu jawab Rasulullah saw, "Solatlah dua rakaat!" (Riwayat atTabrani di dalam Kitab al-Kabir)
Ma'mar meriwayatkan daripada seorang sahabat dalam kalangan Quraisy, bahawa Rasulullah saw apabila mendapati kesempitan rezeki dalam mana-mana keluarga Baginda, Baginda akan memerintahkan kepada keluarga Baginda agar mendirikan solat, kemudiannya Baginda membacakan ayat alQuran:
" Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu
dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezki kepadamu, Kamilah yang memberi
rezki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa." (Surah Taha:132)
Lihatlah bagaimana imbauan kehidupan suci murni Rasulullah saw, keluarga Baginda dan para Sahabat r.a, sentiasa dihiasi dengan kesungguhan mereka untuk menjadikan solat sebagai sumber untuk mereka memohon bantuan dan pertolongan daripada Allah. Mereka benar-benar faham apakah NILAI sebenar amalan SOLAT. Betapa solat merupakan solusi praktikal yang dibekalkan oleh Allah kepada hambaNya.
Masakan tidak, dalam setiap rakaat solat, kita meminta :
"Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan"
Hati yang sentiasa disuburkan dengan keyakinan kepada janji-janji Allah melalui fadhilat solat sebegini, maka kehidupan akan menjadi begitu akrab dengan amalan solat. Apabila Allah yang memerintahkan agar kita meminta pertolongan kepadaNya melalui solat, maka sudah pasti Allah sesekali tidak akan memungkiri janjiNya dan sesekali tidak akan lemah daripada mengotakannya!
Oleh itu ayuh, Mudahkan kehidupan kita dengan Solat!
~alBaqiyaat asSholihaat~
Wednesday, December 12, 2012
BIAR SEDIKIT ASAL BAHAGIA DARIPADA BANYAK TETAPI MENDERITA
BIAR SEDIKIT
ASAL BAHAGIA DARIPADA BANYAK TETAPI MENDERITA
Allah memang
menghendaki supaya kebaikan disebarluaskan, namun Dia jugalah yang menciptakan
cemuhan-cemuhan yang datang menerusi mulut manusia.
Daripada seluruh
umur anda, yang dikira adalah umur yang membahagiakan, melapangkan,
mententeramkan dan bersedia menerima apa sahaja yang ditentukan buat anda. Namun
rakus, tamak dan sikap bongkak sungguh bukanlah kehidupanmu yang asli. Semua itu
adalah lawan kepada kesihatan, kesegaran dan kecantikan anda. Kerana itu,
berusahalah untuk mencapai redha Allah, menerima pembahagian, meyakini
ketentuan dan tidak bimbang menghadapi masa yang akan datang.
Jadilah anda
seperti RAMA-RAMA – ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung
kepada yang lain, terbang dari satu bunga ke bunga yang lain, dari satu tangkai
ke tangkai yang lain dan dari satu taman ke taman yang lain. Pendek kata,
hidupnya sentiasa berpusing daripada yang baik kepada yang baik..
Kalau tidak,
jadilah seperti seekor LEBAH – yang sentiasa memakan sesuatu yang baik dan
mengeluarkan yang baik pula. Jika ia jatuh di atas tangkai, ia tidak
memecahkannya; menyentuh nektar tetapi tidak melukainya, mengeluarkan madu dan
tidak menyengat jika tidak diancam, terbang dengan rasa cinta dan hinggap
dengan tali kasih.
Tuesday, December 11, 2012
Tarbiyyah diri seorang ninja (2)
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...
3) Tidak memanjakan diri
Setiap ninja memiliki pelbagai skill bertaraf tinggi yang tidak mudah untuk dipelajari. Sebagai contoh, seorang ninja mampu berlari-lari dan melompat tinggi di atas bumbung-bumbung bangunan tinggi. Kita sebagai orang biasa nampak perbuatan ini seakan-akan mudah, namun seorang ninja harus mengimbangi badan dan punya latihan keras; dan barangkali berkali-kali jatuh tersungkur sebelum 'biasa' dengan perbuatan-perbuatan tersebut.
Begitu juga hidup sebagai seorang manusia. Sedari kecil, kita didik untuk tidak memanjakan diri. Untuk seorang bayi mencapai kemampuan mampu berjalan seperti manusia normal hari ini penuh dengan kesusahan. Bayi manakah yang tidak pernah jatuh dalam usaha untuk mempelajari kebolehan berjalan? Dan adakah bayi itu berputus asa? Jika bayi itu berputus asa, maka sesungguhnya ia akan membesar dan mungkin bergantung kepada 'walker'/tongkat sepanjang hayat. Seperti juga seekor rama-rama. Fasa membebaskan diri dari kepompong merupakan satu tempoh sukar dalam fasa tumbesaran dan keupayaan hidup seekor rama-rama. Jika ia gagal, atau pun dibantu, seekor rama-rama itu akan hilang upaya untuk mengembangkan sayap dengan sempurna, ataupun otot yang berfungsi mengibas sayapnya gagal berfungsi dengan kapasiti sepatutnya (flacid). Dan seterusnya rama-rama itu akan mengesot, dan gagal untuk meneruskan hidup.
Sebagai seorang muslim, kita percaya hidup ini adalah ladang bagi akhirat. Sunnatullah dalam bercucuk tanam di dunia tidak mudah, kerana ganjaran hasil tuaian di akhirat itu sangat besar. Tidak kira ibadah khusus seperti solat mahupun umum seperti bekerja dan makan, kita sentiasa diuji dalam pelbagai aspek, baik dari segi rohani (akidah) mahupun jasmani (fiqh dan akhlak). Maka, solusi dalam segala permasalahan semestinya bukan dengan duduk berdiam diri atau lari; tidak pun dengan menunding jari menyalahkan seluruhnya kepada pihak sekeliling. Tetapi yang seharusnya kita perlu bersedia dengan ilmu yang secukupnya, merancang strategi dan seterusnya bertindak. Mari kita renungkan firman Allah dalam surah al-Ankabut (surah laba-labah); ayat 2:
3) Tidak memanjakan diri
Setiap ninja memiliki pelbagai skill bertaraf tinggi yang tidak mudah untuk dipelajari. Sebagai contoh, seorang ninja mampu berlari-lari dan melompat tinggi di atas bumbung-bumbung bangunan tinggi. Kita sebagai orang biasa nampak perbuatan ini seakan-akan mudah, namun seorang ninja harus mengimbangi badan dan punya latihan keras; dan barangkali berkali-kali jatuh tersungkur sebelum 'biasa' dengan perbuatan-perbuatan tersebut.
Begitu juga hidup sebagai seorang manusia. Sedari kecil, kita didik untuk tidak memanjakan diri. Untuk seorang bayi mencapai kemampuan mampu berjalan seperti manusia normal hari ini penuh dengan kesusahan. Bayi manakah yang tidak pernah jatuh dalam usaha untuk mempelajari kebolehan berjalan? Dan adakah bayi itu berputus asa? Jika bayi itu berputus asa, maka sesungguhnya ia akan membesar dan mungkin bergantung kepada 'walker'/tongkat sepanjang hayat. Seperti juga seekor rama-rama. Fasa membebaskan diri dari kepompong merupakan satu tempoh sukar dalam fasa tumbesaran dan keupayaan hidup seekor rama-rama. Jika ia gagal, atau pun dibantu, seekor rama-rama itu akan hilang upaya untuk mengembangkan sayap dengan sempurna, ataupun otot yang berfungsi mengibas sayapnya gagal berfungsi dengan kapasiti sepatutnya (flacid). Dan seterusnya rama-rama itu akan mengesot, dan gagal untuk meneruskan hidup.
Sebagai seorang muslim, kita percaya hidup ini adalah ladang bagi akhirat. Sunnatullah dalam bercucuk tanam di dunia tidak mudah, kerana ganjaran hasil tuaian di akhirat itu sangat besar. Tidak kira ibadah khusus seperti solat mahupun umum seperti bekerja dan makan, kita sentiasa diuji dalam pelbagai aspek, baik dari segi rohani (akidah) mahupun jasmani (fiqh dan akhlak). Maka, solusi dalam segala permasalahan semestinya bukan dengan duduk berdiam diri atau lari; tidak pun dengan menunding jari menyalahkan seluruhnya kepada pihak sekeliling. Tetapi yang seharusnya kita perlu bersedia dengan ilmu yang secukupnya, merancang strategi dan seterusnya bertindak. Mari kita renungkan firman Allah dalam surah al-Ankabut (surah laba-labah); ayat 2:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
4) Bijak memanipulasi keadaan sekeliling.
Seorang ninja perlu ringan. Tidak membawa beban yang berat. Maka dari sudut persenjataan ninja, ia sangat terhad dan tidak kompleks. Apa yang menyebabkan seorang ninja itu mampu menjayakan misinya adalah kemampuan memahami keadaan setempat dan menggunakan apa yang ada disekelilingnya sebagai 'alat' senjata tambahan. Simple, but lethal.
Adalah mustahil untuk setiap manusia menjadi sempurna. Kita mengimpikan berbagai perkara. Namun tidak semua dapat kita capai, disebabkan (antaranya) keadaan setempat yang tidak mengizinkan. Sebagai contoh, seorang pelajar ingin suasan kondusif untuk belajar. Senyap. Tapi dia sekarang berada dalam sebuah kelas, ketika waktu rehat. Bising. Dia boleh jadi akan turut hanyut dalam kemeriahan suasan rehat. Ataupun bijak menggunakan kemungkinan yang ada di sekolah itu untuk mewujudkan ruang kondusif untuk belajar. Antara solusi yang mungkin untuk itu adalah, jika pelajar itu mempunya tisu, maka dia boleh membuat sumbatan di telinga. Tidak pun, dia tahu yang surau/masjid bukan satu tempat yang popular untuk pelajar ketika rehat. Di situ ada ketenangan. Dan disitu ada peluang untuk belajar.
Dunia ini padat dengan teka teki kehidupan. Bagi yang melihat ia dari perspektif negatif, maka ia akan bertindak tidak sepatutnya, membenci, berputus asa, dan terus menerus membesarkan masalahnya tanpa penyelesaian yang baik. Walhal, jika dia melihat dari sudut positif, segala apa yang berlaku itu adalah peluang untuk mencapai redha Allah. Seperti kata bijak pandai; hidup sebagai seorang Muslim, hanya ada 2 kemungkinan pada pengakhiran amalnya: menang mencapai apa yang kita usahakan, atau syahid yakni ganjaran perjuangan ditangguhkan ke alam yang seterusnya, yang mana kekal abadi. A win-win situation. Maka, gunakanlah dunia sebagai alat untuk mencapai redha Allah. Jadi, bagaimana untuk meggunakan 'ujian', sebagai contoh kesusahan untuk mencapai redha Allah? Sedar atau tidak, bila mana manusia itu dalam kesusahan, disitulah keadaan yang paling kondusif untuk dia merendahkan hati, dan doa seorang muslim menjadi mustajab apabila dia dalam kesusahan. Allah dengan sifat Maha PenyayangNya, menyediakan lapangan luas, hatta dalam kesusahan untuk mencapai kejayaan. Cuma ia berbalik kepada kita, untuk sedar atau tidak; dan menggunakannya peluang ini sebaik mungkin
Saturday, December 8, 2012
Kesan Solat Yang Khusyuk
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berapa banyak orang
yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih, kerana
mereka itu lalai dalam solatnya”
Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak solat yang didirikan
oleh seseorang itu, tetapi malangnya dia tidak memperolehi pahala melalui
solatnya itu. Sebaliknya oleh kerana mereka lalai ketika solat maka Allah SWT
menjanjikan balasan api neraka pula kepadanya.
Nabi s.a.w bersabda lagi yang maksudnya: “Tidak ada ganjaran
bagi seseorang hamba dalam solatnya kecuali sekadar mana yang ia ingat
(khusyuk)”.
Hadis tersebut menjelaskan bahawa solat seseorang yang
lalai, sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi Allah SWT.
Sesungguhnya solat itu tidak sama dengan ibadah yang lain.
Jika dibandingkan dengan ibadah puasa, memang dalam ibadah puasa tidak ada
khusyuk, tetapi puasa yang memenuhi segala syarat akan kelihatan kesannya dan
puasanya itu. Disebabkan menahan lapar dan dahaga bukan saja mereka akan
kelihatan letih dan kurang bermaya, tetapi juga mereka kelihatan sebagai orang
yang tinggi pekertinya, sentiasa menjaga dari melakukan perkara yang
membatalkan puasa dan juga pahala puasa seperti menjaga lidahnya dari mengumpat
dan mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah.
Begitu juga zakat, walaupun ketika melakukan ibadah zakat
itu tidak disertai dengan khusyuk namun maksud kepada penunaian zakat itu
kelihatan juga. Menunaikan zakat dapat menghakis sifat bakhil seseorang.
Orang-orang yang dikuasai oleh sifat bakhil tidak mungkin mampu mengeluarkan
zakat.
Demikian juga dengan ibadah haji, walaupun ketika melakukan
ibadah haji seseorang itu dalam keadaan lalai. Ini kerana ibadah haji
melibatkan dua perkara iaitu tubuh badan dan harta benda. Sama ada menunaikan
haji itu dalam keadaan lalai dan sebagainya namun kesan daripada ibadah haji
itu jelas ketara, kerana dia terpaksa membelanjakan ribuan wang ringgit. Tubuh
berasa letih dan wang habis.
Sebaliknya ibadah solat ini amat berbeza sekali dengan semua
ibadah yang dinyatakan itu. Firman Allah dalam surah al-Ma’un, ayat 4-5:
“Maka celakalah bagi orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai
terhadap solatnya”
Menurut Imam al-Ghazali, solat itu ialah munajat (berdialog
dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Apabila solat itu sebagai
munajat sudah tentu dilakukan dengan penuh kesedaran disamping khusyuk dan
tawadhuk. Bagaimana mungkin seorang yang lalai boleh berbisik atau berdialog
dengan Allah SWT.
Orang yang mengerjakan solat dalam keadaan lalai sama
keadaannya seperti orang yang mengigau ketika tidur, walaupun mungkin dia
menyebut Allahu Akbar dan juga lain-lain kalimah yang memuji keagungan Allah
SWT, namun semua itu tidak termasuk langsung dalam pengertian munajat kepada
Allah SWT kerana sebenarnya orang itu sedang menggigau. Sesungguhnya orang yang
menggigau itu ialah orang yang bertutur di luar kesedaran.
Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang akan
diterima oleh Allah SWT, jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang
menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Orang
yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah SWT, sekalipun lidahnya
mengucapkan pelbagai kalimah yang mengandungi segala puji-pujian terhadap Allah
SWT.
Disunting daripada Khusyuk Dalam SOLAT oleh TGNA, m/s 2-5
Subscribe to:
Posts (Atom)