Lewat pada zaman ini, di mana isi dunia menjadi matlamat
yang dikejar, sehingga matlamat asal kewujudan dilupakan , malah tujuan kehidupan yang
sebenar semakin kabur di pandangan, apakah kini segala maksud persoalan
kehidupan yang dilontarkan mampu untuk ditafsirkan
dan diertikan dengan benar dan jelas?
Dalam kondisi dunia kini yang sering
melontarkan seribu satu kekeliruan, antara yang ‘hitam’ dan yang ‘putih’, sehingga ada yang akhirnya ‘kelabu’ yang
dipilih.
Apabila hanya nafsu dunia yang diingini, sehingga kehidupan
nyata akhirat dilupakan.
Apabila yang benar dilihat salah, dan pabila yang salah
diakui benar,
Apabila yang amanah dikhianati, dan pabila amanah dipegang
oleh yang mengkhianati.
Apabila pengkhianat diberikan kepercayaan,manakala janji dimungkiri.
Dan pabila yang haq diketepikan, yang zalim pula dimegahkan...
kemanakah hilangnya pegangan yang selama ini dipelajari?
Di dalam suatu hadis,
Rasulullah S.A.W. bersabda,
“akan datang tahun-tahun penuh
dengan kedustaan yang menimpa manusia , pendusta dipercayai, orang yang jujur
didustakan,amanat diberikan pada pengkhianat, orang yang amanah dikhianati ,
dan Ruwaibidlah turut bicara. “ Lalu baginda ditanya , apakah Ruwaibidlah itu?”
baginda menjawab, “orang-orang bodoh yang mengurusi perkara umum.”(Hadis
Riwayat Ibnu Majah) sahih.
Apakah semua yang berlaku kini bukti penipuan atau fitnah-fitnah di akhir
zaman?
Fitnah-fitnah yang kian merebak luas ini, juga dikenali sebagai fitnah Dajjal
kecil, sebelum munculnya puncak fitnah terbesar iaitu fitnah al –Masih Ad-Dajjal
. Dalam era yang penuh dengan penipuan , seharusnya kita bersiap sedia dan
berusaha membina benteng untuk melindungi dan mengelakkan diri dari serangan dunia yang
penuh dengan pencemaran fitnah ini.
Walaupun dunia kini sesak dengan bermacam kekeliruanserta permasalahan, Alhamdulillah...kerana Allah S.W.T telah mengurniakan nikmat yang
besar buat kita, hamba-hamba-Nya, iaitu kitab yang kekal yang dijadikan asas panduan untuk
kehidupan di alam ini, iaitu Al-Quran.
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh
Rasulullah S.A.W bagi sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi di dalam kitab ini.
Surah yang ke-18 ini memberi kelebihan pengampunan dosa di antara Jumaat dengan
Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan
lagi memberi perlindungan pada diri agar dijauhi fitnah al-Dajjal jika
menghafal 10 ayat terawalnya.
Berikut adalah beberapa hadis mengenai kebaikan surah
al-Kahfi.
“Imam Ahmad berkata : “Daripada
Abi Darda’ daripada Nabi S.A.W. , baginda telah bersabda :”sesiapa yang
menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi , maka terhindar
daripada Al-Dajjal”
(
Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud , Al-Nasa’i , Al-Tarmizi daripada Qatadah)
“Imam Ahmad berkata : “Daripada
Abi Al - Darda’i , Nabi S.A.W bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir
daripada surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah al-Dajjal”
( Hadis
Riwayat Muslim dan Al-Nasa’i)
“Daripada Umar berkata: Nabi
S.A.W telah bersabda ; “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat ,
maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit . Untuknya
cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”
( Hadis Riwayat Ibnu
Katsir)
Surah ini juga mengemukakan 6 ciri-ciri penting yang boleh
digarap oleh setiap mukmin bagi mengelakkan fitnah Dajjal yang menghancurkan.
Antaranya:
1)
Sahabat sejati ;
“ Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui isi hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Al- Quran , serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah –lakunya pula adalah melampaui kebenaran.” [ Al-Kahfi 18;28]
2)
Memahami
hakikat dunia;
“Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan ; kehidupan dunia ini
samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit , lalu bercampur aduklah
tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air
itu; kemudian menjadilah ia kering
hancur ditiup angin ; dan ingatlah adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu.” [ Al-Kahfi 18; 45]
3)
Kerendahan
hati;
“Nabi Musa berkata, “ Engkau akan dapati
aku, InsyaAllah : orang yang sabar, dan aku tidak akan membantah sebarang
perintahmu.” [Al-Kahfi 18;69]
4)
Kejujuran
;
“katakanlah (wahai Muhammad) : “Sesungguhnya
aku hanyalah seorang manusia seperti kamu , diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan
kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap
pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan
janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadahnya kepada Tuhannya.”
[Al-Kahfi 18;110]
5)
Perlindungan
Allah
“ dan baca serta turutlah apa yang
diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu, tiada sesiapa yang dapat mengubah
kalimah-kalimahNya, dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat
perlindungan selain daripada-Nya.” [Al-Kahfi 18; 27]
6)
Kehidupan
akhirat
“ Dan ‘Kitab-kitab Amal’ juga tetap akan
dibentangkan , maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu , merasa
takut akan apa yang tersurat di dalamnya, dan mereka akan berkata : “Aduhai
celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang
besar ,melainkan semua dihitungnya! “ dan mereka dapati segala yang mereka
kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) , dan (ingatlah) Tuhanmu tidak
berlaku zalim kepada seseorang pun.” [ Al-Kahfi 18; 49]
Sungguh berat hidup di zaman kedustaan yang menyelimuti dunia
sehinggakan dunia seperti malam yang gelap-gelita.
Semoga Allah S.W.T
memelihara dan memantapkan iman
tauhid kita di era badai fitnah ini.
Allahumma inni a’uuzu bika min ‘azaabil
qabri , wa min ‘azaabi jahannam, wa min fitnatil mahyaa wal mamati , wa min
syarri fitnatil masiihid dajjal.
Maksudnya: Ya Allah , aku
berlindung kepada Mu dari siksa kubur, dari siksa neraka jahannam, dari fitnah
hidup dan mati, dan dari fitnah Dajjal.
Doa ini boleh diamalkan seusai membaca tashahhud akhir
solat.
“Bila seseorang selesai membaca
tashahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat
perkara, iaitu ; “ ya Allah, aku
berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam , dari siksa kubur, dari fitnah
hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal.[ selanjutnya hendalah ia berdoa memohon
kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya.] “ ( Hadis Riwayat Muslim, Abu ‘Awanah, Nasa’i dan Ibnu jarud
dalam al- muntaqa [27]. )
No comments:
Post a Comment